HARGAI LAH JASA IBUBAPA ANDA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

BERSAMA DEEJAY LEEZ DI WWW.SABAHAN.FM

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU BERPUITIS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU INGIN KAU TAHU

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

SANDAKAN PARAGLIDING

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

Friday, August 17, 2018

ESQ Personal Transformation Program Sandakan

Bismillahirohmannirahim..

Assalamualaikum wbt, Paghi!!!

Alhamdulillah,ramai bertanya pada saya tentang apa itu ESQ dan apa benefit yang saya dapat dalam program ni?!!

Permulaannya begini.Harga?, Fuhhhh..Mahalnyalahhh, apa juga yang membuatkan yuran begitu mahalllll😱😱😱😱,apa juga dibuat dalam 3 hari program berlangsung,apa juga akan saya dapat kalau saya join, mungkin ini hanya untuk peniaga???!!!

Bila saya diminta untuk menyatakan apa yang saya dapat 3 hari bersama seminar ESQ, beku otak, bukan sebab terbelenggu atau apa, saya cuba sampaikan apa yang terbuku dalam benak sanubari namun belum boleh lagi keluar. Ya Allah..(Sambil tarik nafas,tahan seketika dan hembus perlahan-lahan).SubhanaAllah!!

ESQ terlalu istimewa bagi saya..
Sedih,Gembira,Gentar,Seram,Insaf itu antara Emosi yang ada di seminar ESQ..
Hanya yang hadir saja tau dan dapat merasakan perasaan ketika itu..

Sebenarnya saya baru mula bejinak dalam menuntut ilmu akhirat. Bagi saya ketika itu, layakkah saya? Harga yang begitu mahal,saya mampukah? kerja yang banyak finding, banyak yang orang bertanya tentang hal dunia,mampukah saya atasi,untuk full time dalam seminar tanpa ada msg, calling bertanya pasal dunia mampukah saya elakkan seketika untuk tumpuh sepenuh perhatian dalam seminar ESQ? hihi..🙈Itu perasaan saya  ketika belum lagi jadi Alumni ESQ.

Namun bila memandang dari beberapa faktor.Hati mula terbuka apa lagi bila di sponser oleh Bos saya, dan saya tahu "Warga AJK Alumni ESQ Sandakan" begitu teguh dan sangat komitmen untuk membawa masuk ke sandakan program ini. Usaha mereka sangat murni bukan kerana inginkan keuntungan semata tapi semangat untuk bagi warga Sandakan sama-sama rasa seperti yang mereka rasakan, apa lagi faktor akhir zaman ketika ini yang agak parah mental warga dunia.( Saya faham perasaan mereka sebab saya pernah duduk bersama AJK ketika meeting Sohe haritu) .

Sebelum itu orang bertanya APA ITU ESQ 165???

Pengurusan 3 gabungan Kecerdasan,

EMOSIONAL
SPIRITUAL
QUOTIENT

Yang di urus melalui,

1 NILAI DARI IHSAN
6 PRINSIP DARI RUKUN IMAN
5 TINDAKAN MELALUI RUKUN ISLAM

Alhamdulillah lebih tenang, resah gelisah belenggu itu mmg tak dapat dinafikan sentiasa ada namun cepat diatasi dengan belajar beberapa teknik. Lebih takut bila ALLAH tak sayang.Lebih mensyukuri nikmat yang saya ada ketika ini. Benda yang wajib jadi takut untuk ditinggalkan.Dalam dakwah pula ingin cuba lebih mendalam agar sama-sama menuju ke asal yakni Fitrah. Ini cuma sebahagian dari yang saya dapat keluarkan selebihnya saya cuba untuk huraikan dalam kehidupan seharian. In Sha Allah doakan.

Alhamdulillah
#SayaAlumniESQ
#PersonalTrasformationProgram
#MuallafMenujuIslamSejati

Semoga anda juga turun sama-sama dapat menjadi sebahagian dari keluarga ESQ

Buat Sahabat yang sudah rasa..Moga istiqamah dalam kebaikan..Sayang kamu orang dunia Akhirat.

Tuesday, September 19, 2017

Sanah Helwa untuk diri sendiri

Assalamualaikum wbt, Buat Sahabat blogger!!



Apa khabar hendaknya?
Sudah lama tidak menulis nota baru kan...
fuhhhhhh!!

Saya mau post sikit untuk permulaan..Sepanjang 5 tahun tidak buat update..Moga warga Blogger akan terus dan terus menulis.

Wednesday, August 14, 2013

SUMBANGAN IKHLAS DARI KITA SEMUA.(derma kilat mangsa kebakaran)

Assalamualaikum WBT,

Mohon Perhatian Seketika...




Baru-baru ini kita diberitakan tentang musibah yang menimpa kampung Cenderamata Sandakan, yang mengakibatkan berpuluh-puluh rumah musnah. Sebagai Insan yang punya hati dan belas kasihan. Apa kata kita berramai2 mengumpul barangan seperti Baju-baju, barangan makanan atau sebagainya untuk kita membantu penduduk kampung Cenderamata yang amat memerlukan perhatian kita.


Jika Ada diantara kita yang ingin menyumbang dari segi barangan, tenaga atau pengangkutan sila berhubung terus dengan saya.

Misi Program Bantuan Kg.Cenderamata masih diteruskan...
kami Persatuan Belia Warga Sandakan dengan kerjasama Komuniti Belia Masjid Daerah Sandakan mengalu-alukan sumbangan daripada sahabat2 bermula sekarang dan berakhir pada 25hb Ogos 2013.
sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya dipeti inbox dan boleh jga melalui AJK program yang dilantik:-
1. Pn.Intang Permata Impian (W1S)
2. Missdnqarinah Q Abdullah (W1S)
3. Abdul Hafiz Taha Hasanul (KBM)
4. Muhammad Nizamuddin Bin Mohamad (KBM)

"memberi bukan kerana memiliki banyak tetapi kerana pernah merasai ketiadaan"

Monday, January 21, 2013

DIDIKASI BUAT SAHABAT PHOTOGRAPHER YANG BERMINAT MENYERTAI PERTANDINGAN INI. (SEMPENA FISTEVAL ANTARABANGSA TAWAU -FKAT-)




Pertandingan Fotografi SSB-FKAT 2013 kini sekali lagi mewarnai arena dunia fotografi di Tawau. Kepada para pencinta fotografi jangan lepaskan peluang utk mencatatkan sejarah sbg pemenang hadiah lumayan yg ditawarkan.

HADIAH:
Johan- Wang Tunai RM3, 000 (sijil&trofi)
Naib Johan- Wang Tunai RM2, 000 (sijil&trofi)
Ketiga- Wang Tunai RM1, 000 (sijil&trofi)
Tujuh pemenang Saguhati- Wang Tunai RM500 & sijil setiap seorang.
__________________________________________________________________

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

• Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas KECUALI Ajk Penganjur/Ahli Pewarta sahaja.

• Gambar diambil di sebarang lokasi sepanjang FKAT 2013 berlangsung dan TIDAK diedit.

• Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan dihantar melalui sampul surat bersaiz A4 dalam borang berasingan (bagi setiap penyertaan). Borang boleh disalin (Photocopy).

• Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di hadapan sampul surat dan diserahkan kepada penganjur di Kaunter Pertanyaan MPT sebelum atau pada 13 FEBUARI 2013, JAM 4.30 PETANG.

• Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10.00

• Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan DUA keping gambar bersaiz 8R dan peserta DILARANG meletakkan ‘Watermark’ di atas gambar masing-masing.

• Nama dan nombor telefon peserta hendaklah ditulis dengan JELAS di belakang setiap gambar yang dihantar.

• Borang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Tawau (MPT) - Imran (0198033310), Hasbi (0195873544), Jusman (0109315167), Nazrini (0135589316) atau menerusi Facebook PEWARTA TAWAU yang dikendalikan oleh Amir (0168010320) dan Ramlah (0146752703).

• Gambar akan menjadi HAK MILIK pihak penganjur dan dipamerkan kepada umum pada majlis penyampaian hadiah, kelak.

• Pas TIDAK disediakan. Cara pengambilan gambar bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan usaha peserta tetapi hendaklah mematuhi/menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh penganjur FKAT 2013.

• Kriteria pengadilan gambar adalah berdasarkan MESEJ (40%), TEKNIK (30%) dan KREATIVITI (30%).

• Gambar yang didapati tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan DIBATALKAN kelayakkannya serta-merta.

• Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
__________________________________________________________________

jadi??? apa tunggu lagi? sertai kami jika anda cukup berani!

Saturday, January 19, 2013

- Kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin


Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya. Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar. Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.
Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya. Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya
yang terjadi ? Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan. Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan
pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangan memegang erat begnya. Pandangannya semakin tajam
setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam begnya ??? Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia
masih dan tetap memegang sangat erat begnya, sangat kemas. Seakan dia mengatakan: demi Allah, mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.
'Tolong buka beg kamu anakku',
kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa itu, namun pelajar tadi masih tidak mahu membuka begnya.
' Berikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut'.
Namun tiba-tiba pelajar itu menjerit: tidak … tidak … tidak … Teriakan itu mengejutkan para
pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.
- Apakah rahsia yang dia sembunyikan, dan apa yang sebenarnya terjadi.. Maka terjadilah adegan perebutan
tangan untuk mendapatkan beg yang masih tetap berada dalam dakapan pemiliknya. Pelajar lain pun terkejut dan
semua ikut berminat. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi. Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar)
tersebut membawa barang terlarang?Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksasepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan.. Pelajar tadi masuk ke bilik sedang
air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan lesu dan nanar. Lantas, ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi.
Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam
beg wahai anakku …? Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya.
Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam begnya. Tidak ada benda-benda terlarang, kecuali sisa- sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam
begnya. Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.
“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam
bungkusnya. Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sedikit darinya sebagai alas perut. Sisanya saya
bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah. Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak
memiliki siapa-siapa dan apa-apa.. Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang akan bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”
Tiba-tiba suara tangis memenuhi ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas sangkaan buruk pada pelajar tersebut. Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan, bukan sekadar di bumi Palestin seperti yang dinyatakan penulis, tetapi di setiap ceruk bumi Allah ini. Ianya terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, mungkin kita terlepas pandang mereka-mereka
yang pernah kita pandang sekilas lalu, barang kali selama ini kita tidak peduli dengan mereka.
Doa dan hulurkan tangan kita, setidaknya mungkin sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-
saudara kita yang sedang dan terus ditindas hingga kini.. 


“Orang yang pengasih akan di kasihi Dzat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”
 

Program Amal Mengutip Dana utk Tabung Aman Palestin 2012 Warga 1 Sandakan


Program Amal Mengutip Dana utk Tabung Aman Palestin 2012 Warga 1 Sandakan





tarikh: 23hb - 30hb Dec 2012
tempat: Pasar Minggu & Padang Bandaran, idea ini tercetus dengan melihat krisis yg berlaku di bumi gaza ketika ini, dengan kerjasama semua barisan AJK tertinggi komuniti W1S maka niat untuk mengadakan misi ini diteruskan walau terpaksa mengharungi pelbagai halangan.

Dengan kerjasama beberapa buah kumpulan iaitu
1)Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
a. Datu Mohd Hafiz

2)Kumpulan MeNu Crew Freestyle
a. Cik Aziani Moohd Noor
b. Mohd Khairil Mohd Kamil

3)Kumpulan The 3rd Eye Crew Photography
a.Mohd Shaharudin Nuar Md Shah Lynn
b. Abd Rahman Kiring
c. Sakil Gusman Alonto
d. Jimie Awang Amit
e. Eddie Embau

4)Kumpulan Jebat.Net Photography
a. Ridzuan Ibrahim WanWaris IbrahimUjub

5) Kumpulan Photochronic Photography
a. Ahmad Jimmy Powerpuff Punkies

6) Kumpulan Laskar Hitam Putih - saudara Junior Arellano

mendapat SOKONGAN penuh daripada AMAN PALESTIN BERHAD dengan membekalkan kepada kami material seperti
a. Tabung Lutsinar
b. Vest Aman Palestin
c. Gambar-gambar pameran
d. Banner Aman Aman Palestin Sabah dalam event ini, selain dengan membuat jualan amal seperti baju, lencana, makanan, minuman, cenderkenangan, mafla dll
ia juga kami selitkan beberapa gambar koleksi daripada rakan2 jurugambar sekitar sandakan untuk di pamerkan kepada umum dengan tujuan jika ada pembeli gambar maka hasilnya akan disalurkan ke tabung. selain daripada itu, kami juga membuat persembahan jalanan seperti

a. pertunjukan silap mata daripada Kumpulan Unique Sdk Magic (saudara Zackry Zudin & Erpan serta rakan-rakan)

b. persembahan jalanan daripada Indie band - The Mines ( M Pyzul Mines dan teman-teman)

****dan persembahan mereka ini dapat menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi boot W1S sekaligus dapatlah kami membuat kutipan kepada yg ikhlas menghulurkan derma.

Matlamat Event :
adalah untuk menyahut perasaan ingin memberi bantuan sedaya yang kami mampu demi saudara seagama di Palestin dan mudah-mudahan mendapat rahmat dariNya...insha Allah

Misi Event :
membuat jualan amal, pameran gambar, pertunjukan jalanan dan persembahan jalanan dengan tujuan dpt menarik perhatian org ramai untuk berkunjung ke boot W1S dan sekaligus menghulurkan derma bagi Tabung Aman Palestin.

Sasaran Event :
orang awam yg berada dilokasi pasar minggu (23/12/2012 dan 30/12/2012) dan Padang Bandaran (27/12/12 - 30/12/12 - Sempena Karnival Ambang 2013) dengan harapan dapat mengutip sekurang-kurangnya RM5000.

kesimpulan :
sepanjang perjalanan event hampir seminggu berkampung di Sdk, byk masalah yg melintang antaranya cuaca yg tidak mengizinkan dan macam2 masalah lain namun alhamdulillah berkat kerjasama semua AJK akhirnya dapat juga di atasi.

jutaan terima kasih sekalung syabas dan tahniah saya ucapkan kepada :-

a. semua barisan AJK Persatuan Belia Warga Sandakan , Sabah (Warga 1 Sandakan)
iaitu Redz Stone, Intang Hatta, Juraidah Nasif, Nur Rashidah Shaharudin, Mariati Mohd Arfah, Rahimah Muin, Dayang Qarinah, Suwarni, Aziani Mohd Noor, Mohd Khairil Mohd Kamil, Rose Liza,Rose Ony dan RoseHayati Enggun

b. Semua Kumpulan yg bekerjasama menjayakan program, Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah, Kumpulan The 3rd Eye Crew Photography, Kumpulan MeNu Crew Freestyle, Kumpulan Jebat.Net Photography , Kumpulan Laskar Hitam Putih Photography dan Kumpulan Photochronic Photography.

c. Penaja Banner Puan Juraidah Nasif dan Maiwa Communication Saudara Abd Halim .

d. semua penyumbang-penyumbang jualan amal - Nana Izzati,Reena Zareen, Zanrias Hijab Hijab, Yati , Nur , Ana dan Admin W1S yg turut serta menyumbang jualan amal.

e. Penaja Kos Pengangkutan misi penyerahan dana ke Aman Palestin Cawangan Kota Kinabalu iaitu Datuk Haji Sapena (Syarikat Pengangkutan SIDA Express) dan Wawasan Motor Sdn Bhd. dan tidak lupa terima kasih kpd Aj Sp dan SyazLinda yg banyak membantu semasa perjalanan ke Kota Kinabalu.

f. Penaja penginapan di Kota Kinabalu (semasa misi penyerahan material ke Aman Palestin) iaitu Aziani Mohd Noor dan Nur Rashidah Shaharudin.

g. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Pejabat Kesihatan Sandakan yg sudi meminjamkan papan pameran sepanjang program berlansung.

h. terima kasih juga di ucapkan kepada radio SandakanFM yg membantu buat hebahan program ini.

i. Terima kasih juga kepda rakan Media Rozzalin Hashim yg memberi ruang kpd W1S utk siaran rencana bertarikh 13hb Jan 2013

akhir sekali sekalung penghargaan kepada pengurus Aman Palestin cawangan Sabah iaitu cik Jumriati yang begitu banyak memberikan bantuan moral dan motivasi kepada saya secara peribadinya. Alhamdulillah misi ini akan kami cuba buat lagi pada masa akan datang..insha Allah dan jumlah keseluruhan jualan amal dan kutipan tabung sebanyak RM7606.75 <----alhamdulillah

- Terima Kasih Semua -
"memberi bukan kerana memiliki banyak tetapi kerana pernah merasai ketiadaan"
 

SANDAKAN DIHUJANI DAN DIDATANGI OLEH PARA ULAMA


ALHAMDULILAH BUMI SANDAKAN DIHUJANI DAN DIDATANGI OLEH PARA ULAMA.
MARI SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR;-

22/Jan/2013 SELESA :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG.

23/Jan/2013 RABU :
MASJID AL- FALAH KARAMUNTING.
JAM: 6.30PTG.

24/Jan/2013 KHAMis :
MASJID DATUK PENGIRAN GALPAM.
JAM: 6.30PTG
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

25/Jan/2013 JUMAAT :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG
Penceramah : DATO' HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ (MUDIR
IMAM MUDA ASTRO OASIS)

Secebis perkongsian tentang kisah anak-anak Palestin-

Cerpin Dari Perkongsian Sahabat Yang Ke Gaza Palestin



Tika itu pasukan Aman Palestin Malaysia pergi ke Gaza Palestin, Untuk lihat sendiri gambaran sebenar saudara-saudara kita. Setibanya mereka ke Gaza salah seorang sahabat Aman Palestin mengapai  salah seorang kanak-kanak lalu memeluknya.Sungguh sebak tak terkata namun kanak-kanak sana begitu ceria dengan cahaya wajah disaluti senyuman ikhlas,kuat dan tabah menyaluti aura mereka.Tanpa membuang masa sahabat tadi mengeluarkan gula-gula dari poketnya lalu memberikan pada kanak-kanak tersebut, kanak-kanak itu tersenyum lalu berterima kasih  diungkapkan pada sahabat lalu dia mengambil sebiji gula-gula sedangkan ditangan sahabat ada begitu banyak?lalu sahabat bertanya pada kanak-kanak itu.

Sahabat: kenapa ambil satu saja kenapa tak ambil lebih?

Lalu iya menjawab..
Kanak-kanak tersebut: cukup hanya 1 itu sana ada ramai lagi kawan-kawan saya, kalau saya ambil semua kawan-kawan saya tak akan dapat merasakan makanan ini.

Begitu sebak sahabat lalu menangis terharu.

YA ALLAH, SUNGGUH KANAK2 SEKECIL ITU TAHU MAKSUD SEBENAR TENTANG PERKONGSIAN

MS <3

Friday, December 21, 2012

Program Amal Gaza -Palestin-

"Memberi bukan kerana memiliki banyak, Tetapi kerana pernah merasa ketiadaan"



Badge

Keychain!!! Rm10

Penyerahan Baju Gaza -Palestin-

Mafla Limited Edition -Siapa Cepat Dia Dapat-

Pancake Durian Pillow

Cupcake 
Dapatkan Semua Ini Di Pasar Minggu Sandakan Pada ;-
Tarikh : 23hb December 2012
Masa : 7.00am - 1.00pm
Lokasi : Pasar Minggu , Sandakan


Warga 1 Sandakan mempersembahkan Program Amal Gaza-Palestin ~ dengan kerjasama
*Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
*MeNu Crew Freestyle Community
*The 3rd Eye Crew Photograpy
*Jebat.Net menampilkan Saudara WanWaris
*The Photochronic menampilkan Saudara Powerfuff Punkies
----dengan Sokongan Aman Palestin----

Sertai dan temui kami dilokasi program bagi mengumpul dana misi kemanusian Gaza-Palestin melalui jualan amal, pameran gambar, acara photograpy, persembahan instumental (The Mines & Knight Band) serta persembahan silap mata (Unique Sandakan Magic Club)


http://radionetwarga1sandakan.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------

antara aktiviti program :-

a. jualan amal - baju/soviner/makanan/minuman - hasil akan di salurkan ke tabung (20% - 100% keuntungan akan di masukkan ke tabung amal)

b. pameran gambar - gambar gaza dan beberapa pameran gambar dari pengkarya belia sandakan utk tatapan umum

c. photoshoot secara langsung di Leboh Dua - Urban street (kumpulan the 3rd Eye Crew)

d. persembahan jalanan -kumpulan The Mines, Knight Band

e. pertunjukan silap mata - Unique Sandakan Magic Club

f. orang ramai yg singgah ke Boot Warga 1 Sandakan diberi peluang utk meninggalkan tandatangan beserta ucapan di kain lentang berkisarkan Gaza

g. orang ramai boleh mengEkspresi perasaan mereka terhadap pergolakan di Gaza dalam bentuk tulisan/lukisan (peralatan akan kami sediakan - seperti kertas A4, A3 dan pen warna)

disamping membuat jualan amal, kami juga akan membuat kutipan derma daripada org ramai . tujuan membuat aktiviti di atas adalah agar dpt menarik perhatian audien agar mengujungi boot sekaligus menghulur derma demi misi kemanusiaan sejagat.

....jumpa anda di sana....



Friday, December 14, 2012

Program Amal Gaza-Palestin



Warga 1 Sandakan mempersembahkan Program Amal Gaza-Palestin 
~ dengan kerjasama 
*Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
*MeNu Crew Freestyle Community
*The 3rd Eye Crew Photograpy
*Jebat.Net menampilkan Saudara WanWaris
----dengan Sokongan Aman Palestin----

tarikh : 23hb December 2012
Masa : 7.00am - 1.00pm
Lokasi : Pasar Minggu , Sandakan

sertai dan temui kami dilokasi program bagi mengumpul dana misi kemanusian Gaza-Palestin melalui jualan amal, pameran gambar, acara photograpy, persembahan instumental (The Mines & Knight Band) serta persembahan silap mata (Unique Sandakan Magic Club)

....jumpa anda di sana....
http://radionetwarga1sandakan.blogspot.com/

Tuesday, November 27, 2012

T'Shirt Untuk Mu Gaza Palestin



Assalamualaikum rakan-rakan
sebagaimana yg telah diwar-warkan kami di Warga 1 Sandakan akan mengadakan jualan amal Kemanusiaan Gaza-Palestin dan jualan kali ini sebahagiannya akan di salurkan ke Tabung Amal berkenaan. sumbangan anda boleh l
akukan dengan kami dedikasikan dalam bentuk Tshirt dan Pre-Order di buka sekarang :-


---- Harga : RM50.00 sehelai
---- tarikh Tutup : 7hb December 2012

info:
Penyerahan Tshirt adalah pada 23 Dec di lokasi yang akan kami beritahu kemudian. sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada saya atau kepada admin-admin yang lain...terima kasih.


Info:
Bagi yang inginkan T'Shirt di kejauhan anda juga boleh bankinkan kami di alamat yang tertera dibawa :-


(PM Kami Untuk No.Account)

Sila inbox kami sekiranya anda sudah berbuat demikian seperti:-

Masa :
Tarikh:
Jumlah RM:
Jumlah Baju:
Size Baju

Wednesday, November 21, 2012

Mari Sama-Sama Menderma Untuk GAZA


Berdoa Untuk Saudara Kita Yang Berada Di GAZA



Design for Cover Facebook Profile For Reminder Pray For GAZA
Edit By Admin W1S Redz



T'Shirt Terhad Untuk  Beli Sambil MenDerma Ke GAZA
Bersama Kami Warga 1 Sandakan

Remuk Hati Bagai Di Tampar Ombak Tsunami,
Terguris Jiwa Seakan Dihiris Kris Sakti Hang Tuah,
Bagai Terasing Diri Seakan Tiada Lagi Harapan Untuk Menghembus Nafas Di Reality KehidupanKu...

Kita Mampu Menahan Kelaparan Namun Kita Tak Mampu Berjihad Untuk Menegakkan Agama.
Justru Ini Mari Kita Sama-Sama Berdoa, Membeli Dan Menderma Untuk Saudara Kita Yang Memerlukan.


Tuesday, November 6, 2012

Buku Jalanan Sandakan Edisi 1



Usaha sosial masyarakat ini dibawakan percuma untuk penduduk daerah Sandakan. Bawalah diri dan bersantai bersama kami sambil membaca buku-buku yang disediakan.

Anda juga digalakkan untuk menyumbang buku-buku untuk program Buku Jalanan Sandakan ini. Keahlian BJSDK akan dibuka.

# majalah Digital Photography # Buku-Buku Fixi #Buku Lejen Press #ITBM #buku-buku lama

Sunday, October 14, 2012

potluck aidhiladha warga 1 sandakan



Mari meriahkan hari raya anda dengan menyertai kami di majlis potluck bersempena AidilAdha dan juga meraikan Pemenang Kempen 1H1F
kepada yang berminat sila inbox Admin untuk mengesahkan penyertaan anda....jumpa di sana
"Kami Fenatikk Sama Kamoo"

note : tarikh tutup utk kempen 1H1F adalah 21hb October 2012

 info selanjutnya sila ke  Warga 1 Sandakan page
 

Saturday, October 6, 2012

KEMPEN MENCEGAH KENSER PAYUDARA OKTOBER 2012


Bagaimana Melaksanakan PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) Bila mesti melakukan PSP?

Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP?

Berdiri di hadapan cermin dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara.
Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar.
Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.BerbaringUntuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala.
Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.
Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.
Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
DAPATKAN PENGESAHAN HOSPITAL DAN ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN RAWATAN DARI PERUBATAN TRADISIONAL JIKA ADANYA : Sebarang gumpalan.Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.Puting tersorot ke dalam.
Terasa sakit pada payudara.
Rayuan kepada semua WANITA!

Cegah Kanser Payudara dengan melakukan PSP setiap bulanJadikan PSP sebahagian dari cara hidup anda.Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan luar biasa di payudara anda, sila jumpa Doktor anda segera.INGAT! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin. FAKTOR-FAKTOR RISIKO penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara. Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.

Wednesday, September 12, 2012

Kempen 1 Hari 1 Gambar - Warga 1 Sandakan




Bagi Yang Belum Menjadi Member Kami Sila Like Dulu Page Tertera

(RadioNetWarga1Sandakan Page)https://www.facebook.com/pages/RadioNet-Warga-1-Sandakan-Rhythm-Of-Nature-City/135027666557100







--------------------------------------------------------
Terima kasih di atas perkongsian gambar/karya rakan2 W1S yg begitu konsisten menyumbang gambar ke wall saban hari demi menyokong Kempen 1 hari 1 Gambar yg kita lancarkan awal tahun 2012 ini, oleh demikian hasil perbincangan semua barisan Admin/Dj W1S maka kami dengan ini akan memberi acara kemuncak kempen dgn memberikan GANJARAN berupa WANG TUNAI .

syarat2 adalah seperti tertera di dalam flyers dan gambar anda boleh sertakan tiada limit namun gambar berkenaan haruslah di EMAIL kpd kami ke :-
warga1sandakan@gmail.com
kerana setiap gambar akan diberikan code dan gambar yg layak akan di post ke Page sbg 'PESERTA' kempen ini.

setiap peserta dibenarkan SHARE link karya masing2 utk mendapatkan LIKE terbanyak kerana akan ada HADIAH utk LIKE terbanyak.

Ganjaran Kempen
1) Karya Terbaik (Wang Tunai RM200)
2) Karya paling byk LIKE (Wang Tunai RM150)
3) Karya pilihan juri 4 gambar (Wang Tunai RM50 setiap seorang)
----------------------------------------------------------------------------
anda dibenarkan memposting gambar anda ke wall W1S ini NAMUN hanya gambar yg di EMAIL kpd admin saja akan di pilih utk jadi PESERTA kempen sekaligus karya akan di post ke PAGE radionet . sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan melalui emel/inbox admin W1S.

Kempen ini akan dimulakan SEKARANG dan berakhir pada 31hb Oct 2012 dan semua karya akan diadili oleh Juri tetap (semua admin W1S) dan juga juri jemputan (pengkarya bebas) . Semua keputusan adalah MUKTAMAD ~

selamat menyertai KEMPEN W1S 1 Hari 1 Gambar (^_~)
 

Tuesday, August 14, 2012

Santai Sungkai Bersama Warga 1 Sandakan & Sabahan.fm

Event Bersama-sama Untuk Mengeratkan Lagi Ukhuwah Sesama Kita.



Bertempat Di : Gerai Ikan Bakar (Pasar Sim-Sim)
Masa Berkumpul : 05:30pm
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Tema : Santai
Konsep : Bayar Sendiri Makan Ramai-Ramai 
Alhamdulillah Semua berjalan dengan lancar.....
Terima Kasih Kami Ucapkan Buat Group Sabahan.Fm kerana Sudi Bersama...
KAMI FANATIK SAMA KAMU

Gambar dibawah adalah adegan-adegan mesra bersama..
Meriah Meriah...Syukur Semua Berjalan Dengan Lancar..









Tuesday, July 31, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA 1 SANDAKAN

INSYAALLAH DENGAN IZINNYA WARGA 1 SANDAKAN AKAN MENGADAKAN EVET BERBUKA PUASA DI  DUA TEMPAT YANG BERBEZA TAPI DENGAN SERENTAK PADA HARI YANG SAMA 05/08/2012,

SANDAKAN
SWISS INN HOTEL

KUALA LUMPUR
IW MARRIOTT HOTEL

JIKA ANDA INGIN BERSAMA-SAMA KAMI BERBUKA PUASA SILA PM ADMIN KAMI..
BERIKUT ADALAH DETAIL:-


SANDAKAN 05/08/2012
RM35/PER SEORANG
PENGESAHAN TEMPAT SEBELUM 02/08/2012

KUALA LUMPUR
RM58/PER SEORANG 
PENGESAHAN TEMPAT SEBELUM 03/08/2012





AutoShow Sandakan Buat Julung Kalinya



Sandakan AutoShow  Di Harbour Mall 
27 -29/07/2012


70 KERETA BERBAGAI ANEKAYANG DI PAMIRKAN PADA HARI TERSEBUT.





















Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share