Saturday, November 26, 2011

Salam MA'AL HIJRAH (27/11/2011)

(Persefahaman Asas Perpaduan Ummah)


Assalamualaikum, Salam kepetangan dan Selamat berhujung minggu buat kita semua..
 (27/11/2011)Esok kita akan menuju ke Tahun Baru bersamaan dengan 1433 H Selamat 
menghijrahkan diri kita ke Tahun yang Baru..Semoga Tahun Baru ini kita dapat 
memperbanyakkan rekod kebaikan dan mempersikitkan rekod yang kurang baik.Salam Hijrah buat Seluruh Umat Islam di Dunia.








Doa awal tahun (dibaca selepas solat maghrib )

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share