HARGAI LAH JASA IBUBAPA ANDA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

BERSAMA DEEJAY LEEZ DI WWW.SABAHAN.FM

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU BERPUITIS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU INGIN KAU TAHU

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

SANDAKAN PARAGLIDING

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

Friday, December 21, 2012

Program Amal Gaza -Palestin-

"Memberi bukan kerana memiliki banyak, Tetapi kerana pernah merasa ketiadaan"



Badge

Keychain!!! Rm10

Penyerahan Baju Gaza -Palestin-

Mafla Limited Edition -Siapa Cepat Dia Dapat-

Pancake Durian Pillow

Cupcake 
Dapatkan Semua Ini Di Pasar Minggu Sandakan Pada ;-
Tarikh : 23hb December 2012
Masa : 7.00am - 1.00pm
Lokasi : Pasar Minggu , Sandakan


Warga 1 Sandakan mempersembahkan Program Amal Gaza-Palestin ~ dengan kerjasama
*Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
*MeNu Crew Freestyle Community
*The 3rd Eye Crew Photograpy
*Jebat.Net menampilkan Saudara WanWaris
*The Photochronic menampilkan Saudara Powerfuff Punkies
----dengan Sokongan Aman Palestin----

Sertai dan temui kami dilokasi program bagi mengumpul dana misi kemanusian Gaza-Palestin melalui jualan amal, pameran gambar, acara photograpy, persembahan instumental (The Mines & Knight Band) serta persembahan silap mata (Unique Sandakan Magic Club)


http://radionetwarga1sandakan.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------

antara aktiviti program :-

a. jualan amal - baju/soviner/makanan/minuman - hasil akan di salurkan ke tabung (20% - 100% keuntungan akan di masukkan ke tabung amal)

b. pameran gambar - gambar gaza dan beberapa pameran gambar dari pengkarya belia sandakan utk tatapan umum

c. photoshoot secara langsung di Leboh Dua - Urban street (kumpulan the 3rd Eye Crew)

d. persembahan jalanan -kumpulan The Mines, Knight Band

e. pertunjukan silap mata - Unique Sandakan Magic Club

f. orang ramai yg singgah ke Boot Warga 1 Sandakan diberi peluang utk meninggalkan tandatangan beserta ucapan di kain lentang berkisarkan Gaza

g. orang ramai boleh mengEkspresi perasaan mereka terhadap pergolakan di Gaza dalam bentuk tulisan/lukisan (peralatan akan kami sediakan - seperti kertas A4, A3 dan pen warna)

disamping membuat jualan amal, kami juga akan membuat kutipan derma daripada org ramai . tujuan membuat aktiviti di atas adalah agar dpt menarik perhatian audien agar mengujungi boot sekaligus menghulur derma demi misi kemanusiaan sejagat.

....jumpa anda di sana....



Friday, December 14, 2012

Program Amal Gaza-Palestin



Warga 1 Sandakan mempersembahkan Program Amal Gaza-Palestin 
~ dengan kerjasama 
*Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
*MeNu Crew Freestyle Community
*The 3rd Eye Crew Photograpy
*Jebat.Net menampilkan Saudara WanWaris
----dengan Sokongan Aman Palestin----

tarikh : 23hb December 2012
Masa : 7.00am - 1.00pm
Lokasi : Pasar Minggu , Sandakan

sertai dan temui kami dilokasi program bagi mengumpul dana misi kemanusian Gaza-Palestin melalui jualan amal, pameran gambar, acara photograpy, persembahan instumental (The Mines & Knight Band) serta persembahan silap mata (Unique Sandakan Magic Club)

....jumpa anda di sana....
http://radionetwarga1sandakan.blogspot.com/

Tuesday, November 27, 2012

T'Shirt Untuk Mu Gaza Palestin



Assalamualaikum rakan-rakan
sebagaimana yg telah diwar-warkan kami di Warga 1 Sandakan akan mengadakan jualan amal Kemanusiaan Gaza-Palestin dan jualan kali ini sebahagiannya akan di salurkan ke Tabung Amal berkenaan. sumbangan anda boleh l
akukan dengan kami dedikasikan dalam bentuk Tshirt dan Pre-Order di buka sekarang :-


---- Harga : RM50.00 sehelai
---- tarikh Tutup : 7hb December 2012

info:
Penyerahan Tshirt adalah pada 23 Dec di lokasi yang akan kami beritahu kemudian. sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada saya atau kepada admin-admin yang lain...terima kasih.


Info:
Bagi yang inginkan T'Shirt di kejauhan anda juga boleh bankinkan kami di alamat yang tertera dibawa :-


(PM Kami Untuk No.Account)

Sila inbox kami sekiranya anda sudah berbuat demikian seperti:-

Masa :
Tarikh:
Jumlah RM:
Jumlah Baju:
Size Baju

Wednesday, November 21, 2012

Mari Sama-Sama Menderma Untuk GAZA


Berdoa Untuk Saudara Kita Yang Berada Di GAZA



Design for Cover Facebook Profile For Reminder Pray For GAZA
Edit By Admin W1S Redz



T'Shirt Terhad Untuk  Beli Sambil MenDerma Ke GAZA
Bersama Kami Warga 1 Sandakan

Remuk Hati Bagai Di Tampar Ombak Tsunami,
Terguris Jiwa Seakan Dihiris Kris Sakti Hang Tuah,
Bagai Terasing Diri Seakan Tiada Lagi Harapan Untuk Menghembus Nafas Di Reality KehidupanKu...

Kita Mampu Menahan Kelaparan Namun Kita Tak Mampu Berjihad Untuk Menegakkan Agama.
Justru Ini Mari Kita Sama-Sama Berdoa, Membeli Dan Menderma Untuk Saudara Kita Yang Memerlukan.


Tuesday, November 6, 2012

Buku Jalanan Sandakan Edisi 1



Usaha sosial masyarakat ini dibawakan percuma untuk penduduk daerah Sandakan. Bawalah diri dan bersantai bersama kami sambil membaca buku-buku yang disediakan.

Anda juga digalakkan untuk menyumbang buku-buku untuk program Buku Jalanan Sandakan ini. Keahlian BJSDK akan dibuka.

# majalah Digital Photography # Buku-Buku Fixi #Buku Lejen Press #ITBM #buku-buku lama

Sunday, October 14, 2012

potluck aidhiladha warga 1 sandakan



Mari meriahkan hari raya anda dengan menyertai kami di majlis potluck bersempena AidilAdha dan juga meraikan Pemenang Kempen 1H1F
kepada yang berminat sila inbox Admin untuk mengesahkan penyertaan anda....jumpa di sana
"Kami Fenatikk Sama Kamoo"

note : tarikh tutup utk kempen 1H1F adalah 21hb October 2012

 info selanjutnya sila ke  Warga 1 Sandakan page
 

Saturday, October 6, 2012

KEMPEN MENCEGAH KENSER PAYUDARA OKTOBER 2012


Bagaimana Melaksanakan PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) Bila mesti melakukan PSP?

Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP?

Berdiri di hadapan cermin dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara.
Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar.
Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.BerbaringUntuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala.
Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.
Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.
Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
DAPATKAN PENGESAHAN HOSPITAL DAN ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN RAWATAN DARI PERUBATAN TRADISIONAL JIKA ADANYA : Sebarang gumpalan.Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.Puting tersorot ke dalam.
Terasa sakit pada payudara.
Rayuan kepada semua WANITA!

Cegah Kanser Payudara dengan melakukan PSP setiap bulanJadikan PSP sebahagian dari cara hidup anda.Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan luar biasa di payudara anda, sila jumpa Doktor anda segera.INGAT! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin. FAKTOR-FAKTOR RISIKO penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara. Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.

Wednesday, September 12, 2012

Kempen 1 Hari 1 Gambar - Warga 1 Sandakan




Bagi Yang Belum Menjadi Member Kami Sila Like Dulu Page Tertera

(RadioNetWarga1Sandakan Page)https://www.facebook.com/pages/RadioNet-Warga-1-Sandakan-Rhythm-Of-Nature-City/135027666557100







--------------------------------------------------------
Terima kasih di atas perkongsian gambar/karya rakan2 W1S yg begitu konsisten menyumbang gambar ke wall saban hari demi menyokong Kempen 1 hari 1 Gambar yg kita lancarkan awal tahun 2012 ini, oleh demikian hasil perbincangan semua barisan Admin/Dj W1S maka kami dengan ini akan memberi acara kemuncak kempen dgn memberikan GANJARAN berupa WANG TUNAI .

syarat2 adalah seperti tertera di dalam flyers dan gambar anda boleh sertakan tiada limit namun gambar berkenaan haruslah di EMAIL kpd kami ke :-
warga1sandakan@gmail.com
kerana setiap gambar akan diberikan code dan gambar yg layak akan di post ke Page sbg 'PESERTA' kempen ini.

setiap peserta dibenarkan SHARE link karya masing2 utk mendapatkan LIKE terbanyak kerana akan ada HADIAH utk LIKE terbanyak.

Ganjaran Kempen
1) Karya Terbaik (Wang Tunai RM200)
2) Karya paling byk LIKE (Wang Tunai RM150)
3) Karya pilihan juri 4 gambar (Wang Tunai RM50 setiap seorang)
----------------------------------------------------------------------------
anda dibenarkan memposting gambar anda ke wall W1S ini NAMUN hanya gambar yg di EMAIL kpd admin saja akan di pilih utk jadi PESERTA kempen sekaligus karya akan di post ke PAGE radionet . sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan melalui emel/inbox admin W1S.

Kempen ini akan dimulakan SEKARANG dan berakhir pada 31hb Oct 2012 dan semua karya akan diadili oleh Juri tetap (semua admin W1S) dan juga juri jemputan (pengkarya bebas) . Semua keputusan adalah MUKTAMAD ~

selamat menyertai KEMPEN W1S 1 Hari 1 Gambar (^_~)
 

Tuesday, August 14, 2012

Santai Sungkai Bersama Warga 1 Sandakan & Sabahan.fm

Event Bersama-sama Untuk Mengeratkan Lagi Ukhuwah Sesama Kita.



Bertempat Di : Gerai Ikan Bakar (Pasar Sim-Sim)
Masa Berkumpul : 05:30pm
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Tema : Santai
Konsep : Bayar Sendiri Makan Ramai-Ramai 
Alhamdulillah Semua berjalan dengan lancar.....
Terima Kasih Kami Ucapkan Buat Group Sabahan.Fm kerana Sudi Bersama...
KAMI FANATIK SAMA KAMU

Gambar dibawah adalah adegan-adegan mesra bersama..
Meriah Meriah...Syukur Semua Berjalan Dengan Lancar..









Tuesday, July 31, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA 1 SANDAKAN

INSYAALLAH DENGAN IZINNYA WARGA 1 SANDAKAN AKAN MENGADAKAN EVET BERBUKA PUASA DI  DUA TEMPAT YANG BERBEZA TAPI DENGAN SERENTAK PADA HARI YANG SAMA 05/08/2012,

SANDAKAN
SWISS INN HOTEL

KUALA LUMPUR
IW MARRIOTT HOTEL

JIKA ANDA INGIN BERSAMA-SAMA KAMI BERBUKA PUASA SILA PM ADMIN KAMI..
BERIKUT ADALAH DETAIL:-


SANDAKAN 05/08/2012
RM35/PER SEORANG
PENGESAHAN TEMPAT SEBELUM 02/08/2012

KUALA LUMPUR
RM58/PER SEORANG 
PENGESAHAN TEMPAT SEBELUM 03/08/2012





AutoShow Sandakan Buat Julung Kalinya



Sandakan AutoShow  Di Harbour Mall 
27 -29/07/2012


70 KERETA BERBAGAI ANEKAYANG DI PAMIRKAN PADA HARI TERSEBUT.




















Wednesday, June 13, 2012

Kenyataan Dari Pakar Tentang Fenomena Kemarin





By (Rem Dambul)

i
Orang Malaysia memang terkenal dengan gaya kepoh. Kadang-kadang. Terutama dalam hal-hal yang berkait dengan fenomena alam.

Kelmarin, KK tiba-tiba gempar dengan kehadiran awan ‘luarbiasa’. Menerusi jaringan sosial FB yang dinamik, isu tersebut jadi ‘top item’ dalam sekelip mata. Bukan saja di Sabah, malah merentas sampai ke Semenanjung. Sana-sini orang update status dengan gambar awan yang tebal berpusar-pusar itu. 

Which actually made it look creepier than it actually was. Apa lagi bila ada perisa tambahan dari komen-komen sensasi para facebooker. Yang majoriti kurang memahami sains di sebalik sirkulasi atmosfera. 

Tapi itulah hobi asasi orang Malaysia. They like to scare other people, because it makes them appear important and significant. So, each time they see opportunity to enforce their power to frighten others – they would utilize it to the maximum.

ii
As the only qualified climatologist in the entire Borneo, of course I also got harassed, endlessly. Ramai yang hantar mesej di FB dan email. Bertubi-tubi. Ada yang nada cemas. Ada yang nada teruja. Begitu beriya-iya mahukan pandangan rasmi si klimatologis tersohor ini. 

Most of them were obviously hoping to get some ‘juicy’ explanation – from scientific point of view. Unfortunately, I don’t have anything extraordinary to offer.

Of course, it was a rare climatic phenomenon. But it was not as sensational as people make it sound. Ia sebenarnya ‘agak normal’, terutama pada ketika ini: musim peralihan monsun. It had probably happened in the past. Either in a smaller scale – or at some isolated places, far from the populated urban area. So nobody did bother to notice or make a big fuss.

iii
‘Ada typhoon mau datang ka?’

‘Ini ribut Greg lagi ka?’ 

Inilah antara nada-nada cemas yang saya dengar. Ditulis merata-rata. Terutama oleh orang-orang Sabah yang berada di sekitar KK.

Tidak payalah saya jelaskan proses sains di sebalik kejadian itu. Sebab ia sangat kompleks. Ia melibatkan kefahaman fizik atmosfera dan geografi fizikal kepulauan Borneo. Honestly, I’m not really in a mood to give an academic lecture here.

Lebih baik kita kembali pada perkara paling asas. Yang mudah difahami, tanpa perlu latar ilmu sains yang rinci. Why Sabah is called ‘Land below the Wind’? Sebab saja suka-suka mau kasi nama begitu? Eksotik, konon?

I will tell you why. Supaya kamu rasa sedikit malu dengan reaksi yang berlebih-lebihan itu, semata-mata ternampak segumpal awan hitam yang ganjil.

iv
Sabah negeri “di bawah bayu” – merujuk kepada kedudukannya yang berada di bawah typhoon belt. Lingkaran taufan ini terletak sekitar garislintang 15-20◦ Utara, dan merentas secara horizontal sebahagian dari kepulauan Luzon di Filipina.

Taufan inilah yang dirujuk sebagai ‘bayu’. Sabah dianggap bertuah kerana berkedudukan "di bawah" dari garis lintasan bayu ini (yang membawa ribut taufan yang ganas). Maka sebab itu ia dipanggil ‘land below the wind’. Kerana taufan tersebut hanya melanda wilayah "atas" Filipina, dengan jarak sisihan melebihi 10◦ garislintang.

So here is the one-million-dollar question: bolehkah Sabah dilanda ribut taufan? From climatology point of view, it is VERY UNLIKELY. Ya, memang betul. Lintasan ribut tropika boleh berubah-ubah. Tapi secara naturalnya, ia tidak akan berubah secara mendadak hingga melangkau jurang sejauh 10◦ garislintang. It would probably shift gradually, year by year.

Setakat ini belum ada tanda-tanda bahawa typhoon belt di utara Filipina itu sedang beranjak turun. Very, very unlikely to happen the next few years.


Kesimpulan?

Fenomena awan pusar di KK itu bukan satu petanda ribut taufan yang ganas. Atau malapetaka iklim dengan magnitude gadang. Ia hanya satu pembentukan sistem udara yang kurang stabil, akibat angkutan wap air berlebihan dari kawasan laut berhampiran. Yang (berkemungkinan) menjadi sedikit panas dari biasa pada ketika ini.

Kenapa sedikit panas dari biasa? Ada macam-macam faktor. Salah satu mungkin kerana kehadiran Monsun Barat-Daya yang agak kering dan panas.

vi
“How sure you are that it is not a sign of potential worse storm?” Tanya seorang kawan, dengan nada curiga.

Seriously, if you ask for assurance – I definitely can’t give any. Ilmu sains diilhamkan bukan untuk melawan kuasa Tuhan. There is no such thing as 100% guarantee. Bila bercakap tentang risiko bencana alam.

Lagipun, sirkulasi atmosfera (yang mengawal fenomena iklim dan cuaca) adalah sistem fizikal yang paling rencam di mukabumi. Ia sangat sukar diramal, kerana terlalu banyak pembolehubah yang menentukan bagaimana ia bertingkahlaku.

Pandangan saya di atas disandarkan pada justifikasi sains klimatologi yang telah diketahui di rantau ini. Menerusi analisis pola cuaca/iklim daripada tren-tren masa lalu. Memang risiko sentiasa ada di mana-mana. Tetapi kita harus menimbangtara nilai ‘kebarangkalian’ risiko itu (berdasarkan logik saintifik), sebelum kita naik risau tidak menentu.

vii
Betul, kita mesti sentiasa waspada. Kerana malang tidak berbau.

Tetapi minda dan jiwa kita terlalu rapuh. Kita mesti selektif. Dalam memilih mana perkara yang mau dirisaukan, mana perkara yang perlu diabai. Kita tidak boleh mendepani semua perkara dengan beban takut yang menimbun. Kerana itu bakal memusnahkan hidup kita sendiri.

Jadi saring-saringlah. Gunakan logik minda dan informasi dari pembacaan untuk memilih: apa perkara yang perlu dan tidak perlu dirisaukan.

Tuesday, June 12, 2012

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH



AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH | Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef South, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 12 Jun 2012. - Sumber MET http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=564&lang=english


(Gambar diambi di Batu4 KimFung Sandakan)
“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan angin (ribut ini), kebaikan apa yang di dalamnya dan kebaikan tujuan angin dihembuskan. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan angin ini, kejahatan apa yang di dalamnya dan kejahatan tujuan angin dihembuskan.” 

SEMOGA KITA TERHINDAR DARI MALAPETAKA.. 
AMIN YA RABBI.




Monday, June 11, 2012

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah



Assalammualaikum Warahmatullahi dan Salam Muhibbah .. semoga sahabat sekalian sentiasa dalam rahmat Ilahi hendakNYA .. ~ ;)

Sedikit Info dari :: Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Cawangan Sandakan ::

Sesiapa yang menghadapi masalah penyakit fizikal (zahir) dan rohani, dan benar-benar ingin mendapatkan rawatan, pihak Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Cawangan Sandakan sedia membantu anda. 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :: 012-864 8461 / 017-815 5461

Sekian .. ~


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share