By (Rem Dambul)
i
Orang Malaysia memang terkenal dengan gaya kepoh. Kadang-kadang. Terutama dalam hal-hal yang berkait dengan fenomena alam.
Kelmarin, KK tiba-tiba gempar dengan kehadiran awan ‘luarbiasa’. Menerusi jaringan sosial FB yang dinamik, isu tersebut jadi ‘top item’ dalam sekelip mata. Bukan saja di Sabah, malah merentas sampai ke Semenanjung. Sana-sini orang update status dengan gambar awan yang tebal berpusar-pusar itu.
Which actually made it look creepier than it actually was. Apa lagi bila ada perisa tambahan dari komen-komen sensasi para facebooker. Yang majoriti kurang memahami sains di sebalik sirkulasi atmosfera.
Tapi itulah hobi asasi orang Malaysia. They like to scare other people, because it makes them appear important and significant. So, each time they see opportunity to enforce their power to frighten others – they would utilize it to the maximum.
ii
As the only qualified climatologist in the entire Borneo, of course I also got harassed, endlessly. Ramai yang hantar mesej di FB dan email. Bertubi-tubi. Ada yang nada cemas. Ada yang nada teruja. Begitu beriya-iya mahukan pandangan rasmi si klimatologis tersohor ini.
Most of them were obviously hoping to get some ‘juicy’ explanation – from scientific point of view. Unfortunately, I don’t have anything extraordinary to offer.
Of course, it was a rare climatic phenomenon. But it was not as sensational as people make it sound. Ia sebenarnya ‘agak normal’, terutama pada ketika ini: musim peralihan monsun. It had probably happened in the past. Either in a smaller scale – or at some isolated places, far from the populated urban area. So nobody did bother to notice or make a big fuss.
iii
‘Ada typhoon mau datang ka?’
‘Ini ribut Greg lagi ka?’
Inilah antara nada-nada cemas yang saya dengar. Ditulis merata-rata. Terutama oleh orang-orang Sabah yang berada di sekitar KK.
Tidak payalah saya jelaskan proses sains di sebalik kejadian itu. Sebab ia sangat kompleks. Ia melibatkan kefahaman fizik atmosfera dan geografi fizikal kepulauan Borneo. Honestly, I’m not really in a mood to give an academic lecture here.
Lebih baik kita kembali pada perkara paling asas. Yang mudah difahami, tanpa perlu latar ilmu sains yang rinci. Why Sabah is called ‘Land below the Wind’? Sebab saja suka-suka mau kasi nama begitu? Eksotik, konon?
I will tell you why. Supaya kamu rasa sedikit malu dengan reaksi yang berlebih-lebihan itu, semata-mata ternampak segumpal awan hitam yang ganjil.
iv
Sabah negeri “di bawah bayu” – merujuk kepada kedudukannya yang berada di bawah typhoon belt. Lingkaran taufan ini terletak sekitar garislintang 15-20◦ Utara, dan merentas secara horizontal sebahagian dari kepulauan Luzon di Filipina.
Taufan inilah yang dirujuk sebagai ‘bayu’. Sabah dianggap bertuah kerana berkedudukan "di bawah" dari garis lintasan bayu ini (yang membawa ribut taufan yang ganas). Maka sebab itu ia dipanggil ‘land below the wind’. Kerana taufan tersebut hanya melanda wilayah "atas" Filipina, dengan jarak sisihan melebihi 10◦ garislintang.
So here is the one-million-dollar question: bolehkah Sabah dilanda ribut taufan? From climatology point of view, it is VERY UNLIKELY. Ya, memang betul. Lintasan ribut tropika boleh berubah-ubah. Tapi secara naturalnya, ia tidak akan berubah secara mendadak hingga melangkau jurang sejauh 10◦ garislintang. It would probably shift gradually, year by year.
Setakat ini belum ada tanda-tanda bahawa typhoon belt di utara Filipina itu sedang beranjak turun. Very, very unlikely to happen the next few years.
v
Kesimpulan?
Fenomena awan pusar di KK itu bukan satu petanda ribut taufan yang ganas. Atau malapetaka iklim dengan magnitude gadang. Ia hanya satu pembentukan sistem udara yang kurang stabil, akibat angkutan wap air berlebihan dari kawasan laut berhampiran. Yang (berkemungkinan) menjadi sedikit panas dari biasa pada ketika ini.
Kenapa sedikit panas dari biasa? Ada macam-macam faktor. Salah satu mungkin kerana kehadiran Monsun Barat-Daya yang agak kering dan panas.
vi
“How sure you are that it is not a sign of potential worse storm?” Tanya seorang kawan, dengan nada curiga.
Seriously, if you ask for assurance – I definitely can’t give any. Ilmu sains diilhamkan bukan untuk melawan kuasa Tuhan. There is no such thing as 100% guarantee. Bila bercakap tentang risiko bencana alam.
Lagipun, sirkulasi atmosfera (yang mengawal fenomena iklim dan cuaca) adalah sistem fizikal yang paling rencam di mukabumi. Ia sangat sukar diramal, kerana terlalu banyak pembolehubah yang menentukan bagaimana ia bertingkahlaku.
Pandangan saya di atas disandarkan pada justifikasi sains klimatologi yang telah diketahui di rantau ini. Menerusi analisis pola cuaca/iklim daripada tren-tren masa lalu. Memang risiko sentiasa ada di mana-mana. Tetapi kita harus menimbangtara nilai ‘kebarangkalian’ risiko itu (berdasarkan logik saintifik), sebelum kita naik risau tidak menentu.
vii
Betul, kita mesti sentiasa waspada. Kerana malang tidak berbau.
Tetapi minda dan jiwa kita terlalu rapuh. Kita mesti selektif. Dalam memilih mana perkara yang mau dirisaukan, mana perkara yang perlu diabai. Kita tidak boleh mendepani semua perkara dengan beban takut yang menimbun. Kerana itu bakal memusnahkan hidup kita sendiri.
Jadi saring-saringlah. Gunakan logik minda dan informasi dari pembacaan untuk memilih: apa perkara yang perlu dan tidak perlu dirisaukan.
0 comments:
Post a Comment