Saturday, March 3, 2012

Bajau Laut..








DOKUMENTARI : BAJAU LAUT – NOMADS OF THE SEA TAYANGAN KHAS HARI MERDEKA DI RTM
Jika timbul persoalan siapakah golongan Bajau Laut ? Pastinya sebilangan besar masyarakat kita hanya mampu menggelengkan kepala atau pun sekadar mengenali mereka sebagai kelompok masyarakat yang tinggal di persisiran Borneo sejak turun temurun lagi.
Hakikatnya meskipun terpinggir jauh daripada sebarang kemajuan, kehidupan Bajau Laut yang menjadikan pesisiran Borneo sebagai tempat tinggal mereka sejak berabad lalu ini ternyata memiliki keunikan yang tersendiri.

Untuk mengenali dan lebih mendekati golongan moniriti yang semakin pupus ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena hari kemerdekaan ini membawakan dokumentari istimewa, Bajau Laut – Nomads Of The Sea pada 31 Ogos 2009 (Isnin), jam 2.05 petang di TV1.
Diterbitkan KRU Motions Pictures Sdn Bhd, sepanjang satu jam siarannya penonton dibawa menyaksikan Bajau Laut – Nomads Of The Sea yang cuba berkongsi sejarah Bajau Laut yang secara tradisinya dikenali sebagai “gipsi laut” atau “nomad laut” yang tinggal di dalam bot dan terlibat di dalam aktiviti perdagangan maritim yang meluas.
Begitu pun kelompok ini mula kehilangan identiti nomadik berikutan daripada intergrasi dengan kaum-kaum tanah berpangkalan dan hanya segelintir tradisi Bajau yang masih berterusan hidup mengekalkan adat tradisi mereka.
Tetapi tradisi-tradisi lama ini sukar untuk diubah sehinggakan suku kaum Bajau ini sering memilih untuk membina rumah mereka di atas air menggunakan jangkungan ataupun kayu keras yang dijadikan penahan supaya rumah dibina tidak tumbang. Kadangkala jangkungan tersebut dipasak beberapa batu ke dalam laut sehingga jarak permukaan lantai rumah Borneo ini dengan laut hampir 800 meter.

Walaubagaimanapun, bagi mereka setiap penyelesaian akan mewujudkan satu cabaran baru di mana perubahan dalam cara hidup, tetapi tradisi-tradisi dan budaya masih lagi diingati hingga kini.
Pastinya program menarik ini menjadi salah satu enigma Malaysia membawa anda menyelami adat dan gaya kehidupan mereka yang unik di mana antaranya detik-detik berada di atas kapal Soniya anda berpeluang menyaksikan kehidupan nomadik laut yang tidak pernah dipertontonkan.
Selain itu pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan kemahiran nelayan-nelayan Bajau Laut dalam menjalankan teknik berbahaya seperti “Ambitan” serta mendalami isu-isu dan tragedi-tragedi yang dihadapi oleh kaum ini.
Justeru usah terlepas menenonton Bajau Laut – Nomads of the Sea pada hari kemerdekaan ini, 31 Ogos 2009 (Isnin), jam 2.05 petang di TV1. yang pastinya akan membuka pandangan anda terhadap dunia yang tidak pernah dilihat dan sering disalahertikan.




Tags: 

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share