HARGAI LAH JASA IBUBAPA ANDA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

BERSAMA DEEJAY LEEZ DI WWW.SABAHAN.FM

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU BERPUITIS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU INGIN KAU TAHU

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

SANDAKAN PARAGLIDING

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

Saturday, June 2, 2012

You'Re Beautiful



"Sometime it is important to work for that pot of gold but other times it is essential to take time off and to make sure that your most precious decision in the day simply consist of choosing which color to slide down on the rainbow and never forget even for a day that how special we are" 

SahabatKu



Assalamualaikum Sahabat,

Jika Hari Ini Aku Terlalu Gembira, 
Sedarkanlah Aku Dengan Kalimah ALLAH.
Jika Aku Sedih Tanpa Kata, Pujuklah AKu Dengan Terbiah PENCIPTA.
Jika Antara Kita Ada Tersalah Faham Yang Memisah Ajaklah Aku Meleraikannya Segera.
Jika Esok Aku Lena Tanpa Terjaga, Iringi Lah Aku Dengan Kalungan Doa.
Berjanjilah Sahabat Ukhwa Kita untuk Selamanya.

"Berdiri Lah Di Atas Jalan Yang benar Dengan Membina Solat Untuk Kejalan Hakiki"

T.T!

Ayuh!Bangkitlah Wahai Syabab





Ayuh!Bangkitlah Wahai Syabab,Bangkitlah Dari Kelenaaan..
Ayuh!Bangkitlah Wahai Syabab,Bangkit Dari Kelalaian..
Ayuh!Bangkitlah Wahai Syabab,Bangkit Dari Dunia Kemaksiatan..
Ayuh!Wahai Syabab, Andai Hari Ini, Saat Ini Dikau Masih Bermalas-malasan,Futur Dalam Beramal, Alpa Dengan DuniaMu Lantas Jauh Meninggal & Tersasar Dari Mengingati-NYA, ALLAH AZZA Wa JALLA..
Inilah Masanya Untuk Dikau Sedar, Bangkit Dari Lena & TidurMu..
Marilah Syabab..Kan Ku Pimpin TanganMu Andai Aku Berada DisisiMu. Marilah Syabab, Koreksi Diri..Capailah AL-Quran,Baca ,Renungi & Tadabburi Kalam-kalam ALLAH~
Nescaya Dikau Mendapati ALLAH Sentiasa Kan MenungguMu Tatkala Dikau Melupainya..
Menunggu Dikau Untuk Kembali PadaNYA.

NUKILAN UNTUK DIRI-"SEMOGA MEREKA YANG MENGHARAPKAN REDHANYA AKAN TERUS BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGEJARNYA"
T.T!

Monday, May 21, 2012

Kilat Depan Mata

Sepintas lalu waktu dalam perjalanan balik rumah malam semalam depan mata ku melihat kilat turun dan menyambar sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa..

SubahanALLAH...ALLAM MAHA BESAR!



Amalan Bulan Rejab

Assalamualaikum, Salam 1 Asia buat semua, hari ini 22/06/2012 bersamaan 1 Rejab (Bulan Rejab) penuh dengan kebaikan untuk kita. Marilah kita doakan yang terbaik untuk diri, keluarga, kekasih dan rakan taulan agar dapat kebaikan di setiap masa dan sentiasa dikurniakan Hidayat untuk jadi lebih bagi dari sebelumnya. Amin Amin Ya Rabbal'Alamin.


Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

*Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
*Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
*Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.
*Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah.
*Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
*Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan   

  Rasulullah dan sirah Islam lain.

Biodata Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus
Isteri Ustaz Azhar Idrus 
Rogayah Sulong  & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 



Keluarga Ustaz Azhar Idrus 


Profil
Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografiwww.digitalmukmin.com.

Sepintas lalu
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan
Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz
Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.

-Majalah Anis-

Monday, May 14, 2012

Adakan Anda Stress??


Tanya pada diri kerana hanya Anda yang tau?? 
Saya?? 
Alhamdulillah Saya masih "Steady Huyaahhh" kata pakcikKu Pak Blues ...hehehehe.. 

Stress Akan Dihadapi Oleh Semua Manusia Biasa Tapi Bagaimana Anda Atasi hanya Anda tahu..

Jangan Lupa dengar motivasi yang diberikan oleh pakar2 motivasi pasti Anda akan dapat kebaikan dan cara yang sesuai untuk atasinya..


Berikut adalah Cara Hilangkan Stress dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah

*Kenal pasti tahap tekanan
*Cari punca tekanan
*Koreksi dan muhasabah diri
*Perkemaskan kaedah mengurus emosi
*Kaji semula pegangan hidup
*Seimbangkan kehidupan
*Urus diri dengan sebaik mungkin
*Kuatkan hubungan dengan Allah s.w.t
*Baiki hubungan sesama manusia
*Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
*Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
*Lakukan amalan pencegahan
*Lakukan aktiviti santai
*Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
*Hidupkan suasana ketenangan dan kecerian
*Luahkan masalah kepada seseorang yang dipercayai.

Jangan Lupa Anda juga boleh hilangkan stress dihttp://www.radionetwarga1sandakan.com/
Bersama Deejay Rose Ony
Photo By : Mhanz Nana Design By DnQarinah Abdullah


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share