2:12 AM
DNQarinah
Assalamualaikum WBT,
Mohon Perhatian Seketika...
Baru-baru ini kita diberitakan tentang musibah yang menimpa kampung Cenderamata Sandakan, yang mengakibatkan berpuluh-puluh rumah musnah. Sebagai Insan yang punya hati dan belas kasihan. Apa kata kita berramai2 mengumpul barangan seperti Baju-baju, barangan makanan atau sebagainya untuk kita membantu penduduk kampung Cenderamata yang amat memerlukan perhatian kita.
Jika Ada diantara kita yang ingin menyumbang dari segi barangan, tenaga atau pengangkutan sila berhubung terus dengan saya.
Misi Program Bantuan Kg.Cenderamata masih diteruskan...
kami Persatuan Belia Warga Sandakan dengan kerjasama Komuniti Belia Masjid Daerah Sandakan mengalu-alukan sumbangan daripada sahabat2 bermula sekarang dan berakhir pada 25hb Ogos 2013.
sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya dipeti inbox dan boleh jga melalui AJK program yang dilantik:-
1. Pn.Intang Permata Impian (W1S)
2. Missdnqarinah Q Abdullah (W1S)
3. Abdul Hafiz Taha Hasanul (KBM)
4. Muhammad Nizamuddin Bin Mohamad (KBM)
"memberi bukan kerana memiliki banyak tetapi kerana pernah merasai ketiadaan"
10:04 PM
DNQarinah
Pertandingan Fotografi SSB-FKAT 2013 kini sekali lagi mewarnai arena dunia fotografi di Tawau. Kepada para pencinta fotografi jangan lepaskan peluang utk mencatatkan sejarah sbg pemenang hadiah lumayan yg ditawarkan.
HADIAH:
Johan- Wang Tunai RM3, 000 (sijil&trofi)
Naib Johan- Wang Tunai RM2, 000 (sijil&trofi)
Ketiga- Wang Tunai RM1, 000 (sijil&trofi)
Tujuh pemenang Saguhati- Wang Tunai RM500 & sijil setiap seorang.
__________________________________________________________________
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
• Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas KECUALI Ajk Penganjur/Ahli Pewarta sahaja.
• Gambar diambil di sebarang lokasi sepanjang FKAT 2013 berlangsung dan TIDAK diedit.
• Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan dihantar melalui sampul surat bersaiz A4 dalam borang berasingan (bagi setiap penyertaan). Borang boleh disalin (Photocopy).
• Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di hadapan sampul surat dan diserahkan kepada penganjur di Kaunter Pertanyaan MPT sebelum atau pada 13 FEBUARI 2013, JAM 4.30 PETANG.
• Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10.00
• Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan DUA keping gambar bersaiz 8R dan peserta DILARANG meletakkan ‘Watermark’ di atas gambar masing-masing.
• Nama dan nombor telefon peserta hendaklah ditulis dengan JELAS di belakang setiap gambar yang dihantar.
• Borang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Tawau (MPT) - Imran (0198033310), Hasbi (0195873544), Jusman (0109315167), Nazrini (0135589316) atau menerusi Facebook PEWARTA TAWAU yang dikendalikan oleh Amir (0168010320) dan Ramlah (0146752703).
• Gambar akan menjadi HAK MILIK pihak penganjur dan dipamerkan kepada umum pada majlis penyampaian hadiah, kelak.
• Pas TIDAK disediakan. Cara pengambilan gambar bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan usaha peserta tetapi hendaklah mematuhi/menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh penganjur FKAT 2013.
• Kriteria pengadilan gambar adalah berdasarkan MESEJ (40%), TEKNIK (30%) dan KREATIVITI (30%).
• Gambar yang didapati tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan DIBATALKAN kelayakkannya serta-merta.
• Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
__________________________________________________________________
jadi??? apa tunggu lagi? sertai kami jika anda cukup berani!
2:17 AM
DNQarinah
Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya. Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar. Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.
Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya. Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya
yang terjadi ? Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan. Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan
pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangan memegang erat begnya. Pandangannya semakin tajam
setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam begnya ??? Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia
masih dan tetap memegang sangat erat begnya, sangat kemas. Seakan dia mengatakan: demi Allah, mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.
'Tolong buka beg kamu anakku',
kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa itu, namun pelajar tadi masih tidak mahu membuka begnya.
' Berikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut'.
Namun tiba-tiba pelajar itu menjerit: tidak … tidak … tidak … Teriakan itu mengejutkan para
pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.
- Apakah rahsia yang dia sembunyikan, dan apa yang sebenarnya terjadi.. Maka terjadilah adegan perebutan
tangan untuk mendapatkan beg yang masih tetap berada dalam dakapan pemiliknya. Pelajar lain pun terkejut dan
semua ikut berminat. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi. Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar)
tersebut membawa barang terlarang?Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksasepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan.. Pelajar tadi masuk ke bilik sedang
air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan lesu dan nanar. Lantas, ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi.
Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam
beg wahai anakku …? Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya.
Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam begnya. Tidak ada benda-benda terlarang, kecuali sisa- sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam
begnya. Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.
“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam
bungkusnya. Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sedikit darinya sebagai alas perut. Sisanya saya
bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah. Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak
memiliki siapa-siapa dan apa-apa.. Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang akan bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”
Tiba-tiba suara tangis memenuhi ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas sangkaan buruk pada pelajar tersebut. Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan, bukan sekadar di bumi Palestin seperti yang dinyatakan penulis, tetapi di setiap ceruk bumi Allah ini. Ianya terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, mungkin kita terlepas pandang mereka-mereka
yang pernah kita pandang sekilas lalu, barang kali selama ini kita tidak peduli dengan mereka.
Doa dan hulurkan tangan kita, setidaknya mungkin sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-
saudara kita yang sedang dan terus ditindas hingga kini..
“Orang yang pengasih akan di kasihi Dzat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”
1:47 AM
DNQarinah
Program Amal Mengutip Dana utk Tabung Aman Palestin 2012
Warga 1 Sandakan
tarikh: 23hb - 30hb Dec 2012
tempat: Pasar Minggu & Padang Bandaran, idea ini tercetus dengan melihat krisis yg berlaku di bumi gaza ketika ini, dengan kerjasama sem
ua barisan AJK tertinggi komuniti W1S maka niat untuk mengadakan misi ini diteruskan walau terpaksa mengharungi pelbagai halangan.
Dengan kerjasama beberapa buah kumpulan iaitu
1)Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
a. Datu Mohd Hafiz
2)Kumpulan MeNu Crew Freestyle
a. Cik Aziani Moohd Noor
b. Mohd Khairil Mohd Kamil
3)Kumpulan The 3rd Eye Crew Photography
a.Mohd Shaharudin Nuar Md Shah Lynn
b. Abd Rahman Kiring
c. Sakil Gusman Alonto
d. Jimie Awang Amit
e. Eddie Embau
4)Kumpulan Jebat.Net Photography
a. Ridzuan Ibrahim WanWaris IbrahimUjub
5) Kumpulan Photochronic Photography
a. Ahmad Jimmy Powerpuff Punkies
6) Kumpulan Laskar Hitam Putih - saudara Junior Arellano
mendapat SOKONGAN penuh daripada AMAN PALESTIN BERHAD dengan membekalkan kepada kami material seperti
a. Tabung Lutsinar
b. Vest Aman Palestin
c. Gambar-gambar pameran
d. Banner Aman Aman Palestin Sabah dalam event ini, selain dengan membuat jualan amal seperti baju, lencana, makanan, minuman, cenderkenangan, mafla dll
ia juga kami selitkan beberapa gambar koleksi daripada rakan2 jurugambar sekitar sandakan untuk di pamerkan kepada umum dengan tujuan jika ada pembeli gambar maka hasilnya akan disalurkan ke tabung. selain daripada itu, kami juga membuat persembahan jalanan seperti
a. pertunjukan silap mata daripada Kumpulan Unique Sdk Magic (saudara Zackry Zudin & Erpan serta rakan-rakan)
b. persembahan jalanan daripada Indie band - The Mines ( M Pyzul Mines dan teman-teman)
****dan persembahan mereka ini dapat menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi boot W1S sekaligus dapatlah kami membuat kutipan kepada yg ikhlas menghulurkan derma.
Matlamat Event :
adalah untuk menyahut perasaan ingin memberi bantuan sedaya yang kami mampu demi saudara seagama di Palestin dan mudah-mudahan mendapat rahmat dariNya...insha Allah
Misi Event :
membuat jualan amal, pameran gambar, pertunjukan jalanan dan persembahan jalanan dengan tujuan dpt menarik perhatian org ramai untuk berkunjung ke boot W1S dan sekaligus menghulurkan derma bagi Tabung Aman Palestin.
Sasaran Event :
orang awam yg berada dilokasi pasar minggu (23/12/2012 dan 30/12/2012) dan Padang Bandaran (27/12/12 - 30/12/12 - Sempena Karnival Ambang 2013) dengan harapan dapat mengutip sekurang-kurangnya RM5000.
kesimpulan :
sepanjang perjalanan event hampir seminggu berkampung di Sdk, byk masalah yg melintang antaranya cuaca yg tidak mengizinkan dan macam2 masalah lain namun alhamdulillah berkat kerjasama semua AJK akhirnya dapat juga di atasi.
jutaan terima kasih sekalung syabas dan tahniah saya ucapkan kepada :-
a. semua barisan AJK Persatuan Belia Warga Sandakan , Sabah (Warga 1 Sandakan)
iaitu Redz Stone, Intang Hatta, Juraidah Nasif, Nur Rashidah Shaharudin, Mariati Mohd Arfah, Rahimah Muin, Dayang Qarinah, Suwarni, Aziani Mohd Noor, Mohd Khairil Mohd Kamil, Rose Liza,Rose Ony dan RoseHayati Enggun
b. Semua Kumpulan yg bekerjasama menjayakan program, Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah, Kumpulan The 3rd Eye Crew Photography, Kumpulan MeNu Crew Freestyle, Kumpulan Jebat.Net Photography , Kumpulan Laskar Hitam Putih Photography dan Kumpulan Photochronic Photography.
c. Penaja Banner Puan Juraidah Nasif dan Maiwa Communication Saudara Abd Halim .
d. semua penyumbang-penyumbang jualan amal - Nana Izzati,Reena Zareen, Zanrias Hijab Hijab, Yati , Nur , Ana dan Admin W1S yg turut serta menyumbang jualan amal.
e. Penaja Kos Pengangkutan misi penyerahan dana ke Aman Palestin Cawangan Kota Kinabalu iaitu Datuk Haji Sapena (Syarikat Pengangkutan SIDA Express) dan Wawasan Motor Sdn Bhd. dan tidak lupa terima kasih kpd Aj Sp dan SyazLinda yg banyak membantu semasa perjalanan ke Kota Kinabalu.
f. Penaja penginapan di Kota Kinabalu (semasa misi penyerahan material ke Aman Palestin) iaitu Aziani Mohd Noor dan Nur Rashidah Shaharudin.
g. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Pejabat Kesihatan Sandakan yg sudi meminjamkan papan pameran sepanjang program berlansung.
h. terima kasih juga di ucapkan kepada radio SandakanFM yg membantu buat hebahan program ini.
i. Terima kasih juga kepda rakan Media Rozzalin Hashim yg memberi ruang kpd W1S utk siaran rencana bertarikh 13hb Jan 2013
akhir sekali sekalung penghargaan kepada pengurus Aman Palestin cawangan Sabah iaitu cik Jumriati yang begitu banyak memberikan bantuan moral dan motivasi kepada saya secara peribadinya. Alhamdulillah misi ini akan kami cuba buat lagi pada masa akan datang..insha Allah dan jumlah keseluruhan jualan amal dan kutipan tabung sebanyak RM7606.75 <----alhamdulillah
- Terima Kasih Semua -
"memberi bukan kerana memiliki banyak tetapi kerana pernah merasai ketiadaan"
1:44 AM
DNQarinah
ALHAMDULILAH BUMI SANDAKAN DIHUJANI DAN DIDATANGI OLEH PARA ULAMA.MARI SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR;-22/Jan/2013 SELESA :MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG.
23/Jan/2013 RABU :
MASJID AL- FALAH KARAMUNTING.
JAM: 6.30PTG.
24/Jan/2013 KHAMis :
MASJID DATUK PENGIRAN GALPAM.
JAM: 6.30PTG
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA
25/Jan/2013 JUMAAT :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG
Penceramah : DATO' HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ (MUDIR
IMAM MUDA ASTRO OASIS)
1:40 AM
DNQarinah
Cerpin Dari Perkongsian Sahabat Yang Ke Gaza Palestin
Tika itu pasukan Aman Palestin Malaysia pergi ke Gaza Palestin, Untuk lihat sendiri gambaran sebenar saudara-saudara kita. Setibanya mereka ke Gaza salah seorang sahabat Aman Palestin mengapai salah seorang kanak-kanak lalu memeluknya.Sungguh sebak tak terkata namun kanak-kanak sana begitu ceria dengan cahaya wajah disaluti senyuman ikhlas,kuat dan tabah menyaluti aura mereka.Tanpa membuang masa sahabat tadi mengeluarkan gula-gula dari poketnya lalu memberikan pada kanak-kanak tersebut, kanak-kanak itu tersenyum lalu berterima kasih diungkapkan pada sahabat lalu dia mengambil sebiji gula-gula sedangkan ditangan sahabat ada begitu banyak?lalu sahabat bertanya pada kanak-kanak itu.
Sahabat: kenapa ambil satu saja kenapa tak ambil lebih?
Lalu iya menjawab..
Kanak-kanak tersebut: cukup hanya 1 itu sana ada ramai lagi kawan-kawan saya, kalau saya ambil semua kawan-kawan saya tak akan dapat merasakan makanan ini.
Begitu sebak sahabat lalu menangis terharu.
YA ALLAH, SUNGGUH KANAK2 SEKECIL ITU TAHU MAKSUD SEBENAR TENTANG PERKONGSIAN
MS <3