Saturday, January 19, 2013

Program Amal Mengutip Dana utk Tabung Aman Palestin 2012 Warga 1 Sandakan


Program Amal Mengutip Dana utk Tabung Aman Palestin 2012 Warga 1 Sandakan





tarikh: 23hb - 30hb Dec 2012
tempat: Pasar Minggu & Padang Bandaran, idea ini tercetus dengan melihat krisis yg berlaku di bumi gaza ketika ini, dengan kerjasama semua barisan AJK tertinggi komuniti W1S maka niat untuk mengadakan misi ini diteruskan walau terpaksa mengharungi pelbagai halangan.

Dengan kerjasama beberapa buah kumpulan iaitu
1)Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah
a. Datu Mohd Hafiz

2)Kumpulan MeNu Crew Freestyle
a. Cik Aziani Moohd Noor
b. Mohd Khairil Mohd Kamil

3)Kumpulan The 3rd Eye Crew Photography
a.Mohd Shaharudin Nuar Md Shah Lynn
b. Abd Rahman Kiring
c. Sakil Gusman Alonto
d. Jimie Awang Amit
e. Eddie Embau

4)Kumpulan Jebat.Net Photography
a. Ridzuan Ibrahim WanWaris IbrahimUjub

5) Kumpulan Photochronic Photography
a. Ahmad Jimmy Powerpuff Punkies

6) Kumpulan Laskar Hitam Putih - saudara Junior Arellano

mendapat SOKONGAN penuh daripada AMAN PALESTIN BERHAD dengan membekalkan kepada kami material seperti
a. Tabung Lutsinar
b. Vest Aman Palestin
c. Gambar-gambar pameran
d. Banner Aman Aman Palestin Sabah dalam event ini, selain dengan membuat jualan amal seperti baju, lencana, makanan, minuman, cenderkenangan, mafla dll
ia juga kami selitkan beberapa gambar koleksi daripada rakan2 jurugambar sekitar sandakan untuk di pamerkan kepada umum dengan tujuan jika ada pembeli gambar maka hasilnya akan disalurkan ke tabung. selain daripada itu, kami juga membuat persembahan jalanan seperti

a. pertunjukan silap mata daripada Kumpulan Unique Sdk Magic (saudara Zackry Zudin & Erpan serta rakan-rakan)

b. persembahan jalanan daripada Indie band - The Mines ( M Pyzul Mines dan teman-teman)

****dan persembahan mereka ini dapat menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi boot W1S sekaligus dapatlah kami membuat kutipan kepada yg ikhlas menghulurkan derma.

Matlamat Event :
adalah untuk menyahut perasaan ingin memberi bantuan sedaya yang kami mampu demi saudara seagama di Palestin dan mudah-mudahan mendapat rahmat dariNya...insha Allah

Misi Event :
membuat jualan amal, pameran gambar, pertunjukan jalanan dan persembahan jalanan dengan tujuan dpt menarik perhatian org ramai untuk berkunjung ke boot W1S dan sekaligus menghulurkan derma bagi Tabung Aman Palestin.

Sasaran Event :
orang awam yg berada dilokasi pasar minggu (23/12/2012 dan 30/12/2012) dan Padang Bandaran (27/12/12 - 30/12/12 - Sempena Karnival Ambang 2013) dengan harapan dapat mengutip sekurang-kurangnya RM5000.

kesimpulan :
sepanjang perjalanan event hampir seminggu berkampung di Sdk, byk masalah yg melintang antaranya cuaca yg tidak mengizinkan dan macam2 masalah lain namun alhamdulillah berkat kerjasama semua AJK akhirnya dapat juga di atasi.

jutaan terima kasih sekalung syabas dan tahniah saya ucapkan kepada :-

a. semua barisan AJK Persatuan Belia Warga Sandakan , Sabah (Warga 1 Sandakan)
iaitu Redz Stone, Intang Hatta, Juraidah Nasif, Nur Rashidah Shaharudin, Mariati Mohd Arfah, Rahimah Muin, Dayang Qarinah, Suwarni, Aziani Mohd Noor, Mohd Khairil Mohd Kamil, Rose Liza,Rose Ony dan RoseHayati Enggun

b. Semua Kumpulan yg bekerjasama menjayakan program, Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah, Kumpulan The 3rd Eye Crew Photography, Kumpulan MeNu Crew Freestyle, Kumpulan Jebat.Net Photography , Kumpulan Laskar Hitam Putih Photography dan Kumpulan Photochronic Photography.

c. Penaja Banner Puan Juraidah Nasif dan Maiwa Communication Saudara Abd Halim .

d. semua penyumbang-penyumbang jualan amal - Nana Izzati,Reena Zareen, Zanrias Hijab Hijab, Yati , Nur , Ana dan Admin W1S yg turut serta menyumbang jualan amal.

e. Penaja Kos Pengangkutan misi penyerahan dana ke Aman Palestin Cawangan Kota Kinabalu iaitu Datuk Haji Sapena (Syarikat Pengangkutan SIDA Express) dan Wawasan Motor Sdn Bhd. dan tidak lupa terima kasih kpd Aj Sp dan SyazLinda yg banyak membantu semasa perjalanan ke Kota Kinabalu.

f. Penaja penginapan di Kota Kinabalu (semasa misi penyerahan material ke Aman Palestin) iaitu Aziani Mohd Noor dan Nur Rashidah Shaharudin.

g. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Pejabat Kesihatan Sandakan yg sudi meminjamkan papan pameran sepanjang program berlansung.

h. terima kasih juga di ucapkan kepada radio SandakanFM yg membantu buat hebahan program ini.

i. Terima kasih juga kepda rakan Media Rozzalin Hashim yg memberi ruang kpd W1S utk siaran rencana bertarikh 13hb Jan 2013

akhir sekali sekalung penghargaan kepada pengurus Aman Palestin cawangan Sabah iaitu cik Jumriati yang begitu banyak memberikan bantuan moral dan motivasi kepada saya secara peribadinya. Alhamdulillah misi ini akan kami cuba buat lagi pada masa akan datang..insha Allah dan jumlah keseluruhan jualan amal dan kutipan tabung sebanyak RM7606.75 <----alhamdulillah

- Terima Kasih Semua -
"memberi bukan kerana memiliki banyak tetapi kerana pernah merasai ketiadaan"
 

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share