HARGAI LAH JASA IBUBAPA ANDA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

BERSAMA DEEJAY LEEZ DI WWW.SABAHAN.FM

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU BERPUITIS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU INGIN KAU TAHU

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

SANDAKAN PARAGLIDING

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

Saturday, August 13, 2011

"Maher Zain" Artist Yang ku kagum



Photograph By Zulhasmie


Assalamualaikum,Pembuka kata..

Sebenarnya Maher Zain (lahir 1982) adalah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya ‘Thank you Allah’ dari 13 lagu dan dua lagu bonus dikeluarkan pada tarikh 1 November 2009. Muzik videonya di Youtube telah ditonton sebanyak 4 juta kali.
Biodata Maher Zain
Kehidupan awal
  •  Maher Zain lahir pada 1982 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher zain berusia lapan tahun , di mana ia melanjutkan sekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika ia berusia sepuluh tahun. Dia kemudian memasuki universiti dan mendapat memperolehi sarjana dalam Aeronautical Engineering  ketika masa remajanya, dia telah menghabiskan masa hingga larut  malam dengan rakan-rakan sekolah nya di mana mereka akan menyanyi, rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal
Kerjaya
  •  Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik , Maher zain diperkenalkan kepada redOne, seorang penerbit muzik di  Sweden. Maher zain mula bekerja dengan redOne dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula bekerja keras menghasilkan  album dan membuat kontrak  dengan Awakening Records. inspirasi pertama Maher zain  adalah ayahnya sendiri , yang merupakan penyanyi solo  dan menyanyi di kawasan tempatan di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.
Maher zain telah mengadakan sebuah konsert percuma di Bahrain,  dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir
Anugerah yang diperolehi
Lagu bercirikan keagamaan bagi tahun 2009 daripada Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di mesir) untuk ‘Ya Nabi Salam Alayka’
Di antara lagu-lagu dari album "Thank You Allah" (Hanya dengan click right mana-mana tajuk anda akan terus ke lagunya..Connect di YouTube)

Saya sangat kagum dengan Maher Zain,album dan orang-orang sekeliling yang membuat album ni. Setiap lagu yang di muatkan ada maksud tersendiri dan boleh mempergaruhi keperibadian setiap orang yang mendengarnya. Dari itu saya tidak teragak-agak lagi untuk mengelarkan dia sebagai orang yang ku kagumi. Dari kehidupan lalu dan pengalamannya pun boleh dijadikan tauladan bagi setiap insan yang membacanya.Seperti saya juga banyak yang telah saya sedari dengan adanya lagu-lagu ni...^_^!!


Friday, August 12, 2011

NEW ME

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan, saya ucapkan buat Muslimin dan Musliman.Terima Kasih kerana singgah ke ruangan ini.Pasti ramai yang belum pasti tentang I,Me and Myself kan?? Bah disini saya ingin memulakan cerita mengenai diri saya sebelum dan selepas saya Muslim Selamanya...^_^!

Saya mulakan dengan Bismillah,
Nama saya (Roselyn) sebelum ini,dan saya dilahirkan di Tampias Ranau Sabah dan dibesarkan di Sandakan Sabah berketurunan Philippines dari kedua2 arwah ibu/bapa dan saya anak ke3 dari 7 beradik.

Nak tau tak kenapa saya memilih untuk masuk Muslim?
Saya jadi mula mengenal Islam dari dulu lagi tapi tidak berkesempatan untuk mengenalnya dengan lebih lanjut.5 minggu sebelum saya masuk Islam,Adik2 saya yang terdahulu terbuka hati untuk masuk Agama Suci ini.mereka Alhamdulillah selepas masuk Islam sentiasa jaga cara berpakaian dan Alhamdulillah 5waktu mereka sentiasa ingat.dari situ saya mula mengenal islam dengan adik2 saya,saya sentiasa baca buku2 yang mereka sering bawa dan beli.Saya ingat lagi ada 5 buku yang saya baca disitu saya mula rasa sangat ringan dalam hati untuk membaca dan terus membaca untuk lebih mengenal apa itu Islam.


BERTARIKH 20/10/2010

Saya ringan hati meminta kawan saya menemani saya (Man) ditemani oleh kawan2nya (Syakina) dan seorang lagi teman (Mat) untuk menemani saya ke JHEANS sebagai saksi untuk saya mengangkat Ikrar. Alhamdulillah dalam 30mnt Ustaz Abdullah menceramah seketika untuk saya.Sekitar jam4:00pm saya mengangkat Ikrar dengan 1X lafas dua kalimah syahadah.Alhamdulillah dengan itu saya sudah pun bergelar saudara baru dengan nama Dayang Nur Qarinah.Amin.^_~!

LAGU YANG SELALU KU DENGAR


SAYA HARAP SAHABAT2 BOLEH TUNJUK AJAR,MENEGUR DAN INGATKAN SAYA SELALU JIKA SAYA BUAT SESUATU YANG KURANG SOPAN DENGAN INI SAYA AKHIRI DENGAN WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMMUALAIKUM WARAH MATULLAHIWABAROKATUH.




SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA


     


SEORANG YANG KU KAGUM SITI MUSLIHA





ini masa dia berumur 12 tahun


Dulu dia nyanyi memang nak kumpul duit untuk pembedahan muka dia,tu yang dia buat album..Adnan Abu Hassan yang jadi komposer dia masa tu.lagu Hujan Air Mata memang popular dulu..
dengar saja  mesti menangis banjir punya..sebab sedih tengok Siti Musliha nyanyi..



kini dia sudah berumur 28 tahun..
dengan image manis bertudung..


dia masih sama..masih bersemangat..kata2 dia penuh sopan santun..
kata2 rendah diri dia tetap sama..
walaupun tak sempurna..tapi dia tetap jadi diri dia..
dia tak malu dan gentar pun.
kemunculan dia mesti di nanti2 kan peminat dia kan..

ok..disini saya share lagu yang popular satu ketika dulu
yang  tak pernah kenal atau pun tau lagu dia jom la dengar



SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA


Wednesday, August 10, 2011

MAKSUD TAHI LALAT DIKALANGAN KITA


MASYARAKAT PADA ZAMAN DAHULU MENGENAL SESEORANG DENGAN HANYA MELIHAT TANDA(TAHI LALAT) PADA BADANNYA. SEJAUH MANA KEBENARANNYA TIDAKLAH DIKETAHUI DENGAN JELAS. NAMUN BEGITU,IA BIASA DITURUNKAN DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU.





BAHAGIAN BADAN & FIRASAT

BIBIR ATAS KANAN
BANYAK REZEKI, PANDAI

BIBIR ATAS KIRI 
RAMAI KAWAN, BAIK HATI

BIBIR BAWAH KANAN
DISEGANI ORANG, RAMAI YANG SUKA

BIBIR BAWAH KIRI
PANDAI BICARA, TAK MUDAH KALAH

LEHER KANAN
CERDAS, JUJUR, BERANI MENDERITA

LEHER KIRI
CERDAS DALAM SEGALA HAL DAN BANYAK PENGETAHUAN

DI TENGAH LEHER 
TERCAPAI CITA-CITA

BIJI MATA KANAN
SUKA SERONG DAN PEMBOHONG

BIJI MATA KIRI
PEMBOHONG TETAPI BAIK HATI

HUJUNG MATA KANAN
BAIK HATI, SOPAN SANTUN, CERDAS

HUJUNG MATA KIRI
BAIK BUDI, MURAH REZEKI

PUNGGUNG KANAN
AGAK MENGALAMI KESULITAN

PUNGGUNG KIRI
MALAS DAN SUKA DUDUK

BETIS KANAN
SUKA BERHIBUR, BOROS

BETIS KIRI
RAJIN,TIDAK SUKA DUDUK DIAM

LUTUT KANAN
BERSIKAP TIDAK PEDULI DAN TAK MAHU BERUSAHA

LUTUT KIRI
KURANG KUAT BERUSAHA

KEPALA SEBELAH KANAN
TERKABUL CITA-CITA

KEPALA SEBELAH KIRI
SERING MENEMUI KESUSAHAN

KEPALA SEBELAH BELAKANG
JUJUR, SABAR DAN TEKUN

KENING KANAN
CERDAS DAN CEKAP

KENING KIRI
CERDAS, SOPAN SANTUN

TENGAH KENING
KERAS HATI, BERANI SEGALA HAL

HUJUNG MULUT KANAN
KECIL REZEKI, TAK MUDAH KALAH

HUJUNG MULUT KIRI
SUKA BERPOYA-POYA

KETIAK KANAN
DAPAT MENYIMPAN RAHSIA

KETIAK KIRI
JUJUR, BANYAK YANG CINTA

PERGELANGAN KAKI KANAN
SUKA BERPERGIAN (KELUAR RUMAH)

PERGELANGAN KAKI KIRI
KEHENDAK KUAT

BATANG HIDUNG
BANYAK DICINTAI ORANG DAN DAPAT MENJADI KAYA

PADA HIDUNG
BANYAK REZEKI

DAGU BAWAH KANAN
JUJUR DAN BAIK HATI

DAGU BAWAH KIRI
BIJAK SANA DAN BERBUDI LUHUR

KEMALUAN KANAN ATAU KIRI
BAIK, SUKA SENGGAMA

DI KEPALA KEMALUAN (LELAKI)
BAKAL BERISTERI 2

TUMIT KANAN
JUJUR DAN BANYAK KAWAN

TUMIT KIRI
BAIK BUDI

ALIS KANAN
SUKA MENOLONG, BAIK HATI

ALIS KIRI
RAMAI YANG SUKA

PANGKAL PEHA KANAN
KEMAHUAN KUAT

PANGKAL PEHA KIRI
SUKA KERJA APA PUN

TELAPAK KAKI KANAN
TAK MUDAH MENGELUH

JARI KAKI KANAN
SUKA MENOLONG

JARI KAKI KIRI
BERBUDI, SUKA BERBUAT BAIK

BAHU KANAN
CERMAT DLM MEMBUAT KEPUTUSAN, BANYAK TANGGUNGAN

BAHU KIRI
SUKA KERJA KERAS, BANYAK TANGGUNGJAWAB

BUAH DADA KANAN
BAIK HATI, PENDIAM,SIMPAN RAHSIA

BUAH DADA KIRI
RAMAI KAWAN, SETIA PADA PASANGAN

LENGAN KANAN
SETIA DAN TAAT PADA ATASAN

LENGAN KIRI
MENEPATI JANJI DAN RAJIN

PIPI KANAN
RAMAI TEMAN

TENGAH-TENGAH PIPI KANAN
RAMAI YG SUKA

TENGAH-TENGAH PIPI KIRI
RAMAI TEMAN

UBUN-UBUN
KURANG JUJUR

PUSAT
CERDAS, TANGKAS, TEKUN

PUSAT BAHAGIAN KANAN
SEJAHTERA DALAM HIDUP

PUSAT BAHAGIAN KIRI
BEROLEH KEMULIAAN

PINGGANG KANAN
SAYANG PADA PASANGAN HIDUP

PINGGANG KIRI
DISAYANG PASANGAN HIDUP

DADA KANAN
DAPAT MENGATASI MASALAH

DADA KIRI
BERANI, JUJUR DAN SABAR

TELAPAK KAKI KANAN
TIDAK MUDAH MENGELUH

TELAPAK KAKI KIRI
BAIK BUDI PEKERTINYA

SIKU TANGAN KANAN
KUAT INGIN MEMILIKI KEKAYAAN

SIKU TANGAN KIRI
BAIK HATI, SUKA MENOLONG

JARI TANGAN KANAN
SERBA BEROLEH KEUNTUNGAN

JARI TANGAN KIRI
SERBA BAIK BEKERJA

JARI TELAPAK TANGAN KANAN
BANYAK REZEKI TAPI BOROS

JARI TELAPAK TANGAN KIRI
BANYAK REZEKI DAN CERMAT

PERUT BAWAH KANAN
BANYAK REZEKI, SUKA MEMBERI MAAF

PERUT BAWAH KIRI
BAIK HATI, TENANG HIDUPNYA

SUDUT MATA KANAN DALAM
DISAYANG SUAMI ATAU ISTERI

SUDUT MATA KIRI DALAM
TIDAK MUDAH DILUPAKAN PASANGAN

SUDUT MATA KANAN LUAR
BAIK BUDI, RAMAI YANG SAYANG

PELIPIS KIRI
MURAH REZEKI, SENANG PEROLEH KEKAYAAN

PELIPIS KANAN
SERBA BERHASIL DALAM USAHA

KELOPAK MATA KANAN ATAS
BAIK HATI, RAMAH, BERJAYA

KELOPAK MATA KIRI ATAS
BAIK BUDI, RAMAI YG SUKA

KELOPAK MATA KANAN BAWAH
AGAK MALAS

KELOPAK MATA KIRI BAWAH
KURANG BIJAKSANA

YANG PASTI HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU KEBENARANYA...APA PUN JANGAN SESEKALI TERBAWA2 DENGAN TANDA2 KERANA PERANGAI SESEORANG BOLEH DIUBAH ATAS KEMAHUAN DIRINYA SENDIRI...



SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA





TERINGIN SAYA GUNA SHWAL MACAM INI

SHAWL








INNER SHAWL




BAJU TERUS (HAS UNTUK YANG BERTUDUNG)









SESUAI DIGAYAKAN BERSAMA INNER MENUTUP LEHER



Sudah menjadi trend orang zaman sekarang,pasti anda setuju bila saya kata makin berkembang image bershwal yang kita perhatikan memebuatkan sesetengah orang sanggup berubah kerananya(image bertudung).Yang pasti saya tidak tergolong dalam ni.hehe.Anda bagaimana?

hehehe...saya tengah membayangkan ni mengayakan rekaan2 di atas ni..
anda pula bagaimana??.

disini saya tag video cara2 pemakaian shwal
 yang betul dan trend












APA YANG PENTING KEYAKINAN BILA MEMAKAINYA..YANG PASTI JANGAN KETERLALUAN SUDAH.

SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA

Sunday, August 7, 2011

Tips Menguatkan Daya Ingatan (has tuk diriku dan yang sama waktu dengannya)


Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
 

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


yang baik kita kongsi yang kurang baik kita kurangkan..

Wednesday, August 3, 2011

Golden Churn Creamy Butter disahkan tidak halal




JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. 

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.  

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan kek Sarawak sejak empat dekad lalu.

Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman
 yang berat.





UNTUK PERTANYAAN DENGAN LEBIH LANJUT ATAU INGIN MENGETAHUI BARANG2 YANG HALAL MAHUPUN KEDAI YANG TIDAK DIIKTIRAF SILA LAYARI LAMAN INI

v
VV
VVV


Salam Ukuwah Buat Semua


SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share