Assalamualaikum,
Salam Ramadhan, saya ucapkan buat Muslimin dan Musliman.Terima Kasih kerana singgah ke ruangan ini.Pasti ramai yang belum pasti tentang I,Me and Myself kan?? Bah disini saya ingin memulakan cerita mengenai diri saya sebelum dan selepas saya Muslim Selamanya...^_^!
Saya mulakan dengan Bismillah,
Nama saya (Roselyn) sebelum ini,dan saya dilahirkan di Tampias Ranau Sabah dan dibesarkan di Sandakan Sabah berketurunan Philippines dari kedua2 arwah ibu/bapa dan saya anak ke3 dari 7 beradik.
Nak tau tak kenapa saya memilih untuk masuk Muslim?
Saya jadi mula mengenal Islam dari dulu lagi tapi tidak berkesempatan untuk mengenalnya dengan lebih lanjut.5 minggu sebelum saya masuk Islam,Adik2 saya yang terdahulu terbuka hati untuk masuk Agama Suci ini.mereka Alhamdulillah selepas masuk Islam sentiasa jaga cara berpakaian dan Alhamdulillah 5waktu mereka sentiasa ingat.dari situ saya mula mengenal islam dengan adik2 saya,saya sentiasa baca buku2 yang mereka sering bawa dan beli.Saya ingat lagi ada 5 buku yang saya baca disitu saya mula rasa sangat ringan dalam hati untuk membaca dan terus membaca untuk lebih mengenal apa itu Islam.
BERTARIKH 20/10/2010
Saya ringan hati meminta kawan saya menemani saya (Man) ditemani oleh kawan2nya (Syakina) dan seorang lagi teman (Mat) untuk menemani saya ke JHEANS sebagai saksi untuk saya mengangkat Ikrar. Alhamdulillah dalam 30mnt Ustaz Abdullah menceramah seketika untuk saya.Sekitar jam4:00pm saya mengangkat Ikrar dengan 1X lafas dua kalimah syahadah.Alhamdulillah dengan itu saya sudah pun bergelar saudara baru dengan nama Dayang Nur Qarinah.Amin.^_~!
LAGU YANG SELALU KU DENGAR
SAYA HARAP SAHABAT2 BOLEH TUNJUK AJAR,MENEGUR DAN INGATKAN SAYA SELALU JIKA SAYA BUAT SESUATU YANG KURANG SOPAN DENGAN INI SAYA AKHIRI DENGAN WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMMUALAIKUM WARAH MATULLAHIWABAROKATUH.
SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA
0 comments:
Post a Comment