JANGAN TENSION PILIH YANG TERBAIK

"Kamera DSLR apa yang patut saya beli?", soalan yang biasa ditanyakan kepada kami untuk memilih kamera DSLR paling baik. Ternyata pemilikan DSLR bukan lagi sesuatu yang janggal di kalangan pengguna umum. Namun, persoalannya, yang mana satu paling baik? yang mana satu patut anda beli? dan yang mana satu dapat memberikan kepuasan?
                                                                              ""
                                                                        (juru jual)
                                                                              ""
Jawapannya..ia terletak di tangan anda :)
Sememangnya tiada jawapan khusus untuk soalan tersebut. Masing-masing pengeluar mempunyai kelebihan masing-masing walau tak dinafikan antara pelopor paling hebat adalah Canon dan Nikon. Namun, jangan jadikan jenama atau brand ini sebagai penghalang untuk anda memiliki jenama lain. Jadi untuk entri kali ni, ingin menawarkan 9 tips  mudah untuk anda memilih DSLR. Semoga bermanfaat~
1. Kenalpasti Kemahuan Anda
  • Ramai pembeli kamera DSLR membeli kamera yang mempunyai kemampuan melebihi dari keperluan mereka. (Membazir bukan?)
  • Kini tanya diri anda soalan-soalan di bawah sebelum anda pergi ke kedai kamera
1. Untuk apa kamera anda akan digunakan? (perkahwinan?hobi?)
2. Apakah jenis fotografi yang anda akan lakukan? (Potret, lanskap, makro, sukan)
3. Apakah suasana/tempat yang kamera anda akan digunakan ? (Di dalam bilik, luar bilik, suasana dengan cahaya rendah atau kawasan terang?)
4. Adakah anda pengguna mod automatik atau anda ingin belajar lebih teknik fotografi?
5. Apakah tahap pengalaman yang anda dengan kamera?
6. Apakah jenis kemampuan kamera yang anda cari? (zoom, image stabilization, layar LCD besar dll.)
7. Adakah saiz dan mampu bawa adalah menjadi keutamaan anda?
8. Berapa anggaran bajet anda?
2. Megapixel Bukan Segalanya
  • Kalau dulu bila nak beli kamera, ramai yang akan bertanya, " Berapa megapixel kamera ni?"... atau "12 Megapixel?Mesti baguskan kamera ni?"
  • Sebenarnya memiliki kamera beresolusi tinggi BELUM TENTU bermakna kamera itu bagus secara amnya.
  • Kamera beresolusi 5 Megapixel sebenarnya sudah cukup baik sekiranya anda hanya menggunakan kamera anda itu untuk mencetak atau print di atas kertas A4 dan saiz ke bawah.
  • Jadi, megapixel bukan segalanya.
3. Jangan Lupa Tentang 'Kelengkapan Lain'
  • Ops..anda mungkin dapat membeli kamera digital yang mahal TAPI jangan lupa anda masih perlu membeli kelengkapan/aksesori lain dan mereka juga memerlukan duit seperti:
1. Bag / Bekas kamera
2. Kad Memori
3. Bateri tambahan
4. Lensa (sekiranya anda menggunakan DSLR)
5. Filter (sekiranya anda menggunakan DSLR)
6. Tripod
7. Flash
4. Pernah Memiliki Kamera Digital Sebelum ini?
  • Seboleh-bolehnya beli kamera yang anda boleh gunakan barang/aksesori dari kamera sebelum ini untuk digunakan pada kamera baru anda seperti kad memori, lensa, flash, atau pun bateri.
5. DSLR atau Kamera Kompak/Point and Shoot(PnS)?

  • Mungkin ramai yang menganggap bahawa DSLR lebih baik daripada kamera kompak/kamera kecil, pendapat sebegini ada benarnya dan ada tidak.
  • Harus diingat bahawa DSLR juga mempunyai kelemahan dan kamera PnS juga ada yang mempunyai kelebihan daripada DSLR.
  • Jadi buat lah pertimbangan sewajarnya sebelum anda membeli DSLR atau pun membeli kamera kompak? Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan secara melulu.
6. Kuasa Zoom Optikal
  • Kuasa zoom tidak dapat dinafikan lagi mampu untuk menembak (baca: menangkap gambar) pada jarak lebih jauh.
  • Jangan terpedaya dengan zoom digital (kadang-kadang ada yang sampai 12x) kerana ia tidak memberi kesan yang ketara terhadap gambar anda bahkan mungkin menyebabkan gambar anda lebih teruk daripada biasa.
  • Lihatlah pada zoom optikal atau optical zoom yang lebih besar (pilih '4x zoom' berbanding '3x zoom').
  • Bagi pengguna DSLR, carilah lensa yang menawarkan julat (range) zoom yang terbaik untuk kegunaan anda seperti 18-135mm (wide dan tele sekaligus).
7. Baca Review
  • Gunakan komputer + internet anda di rumah. Carilah artikel berkaitan dengan kamera yang anda ingin beli sebelum ke kedai. Luangkan MASA.
  • Jurujual di kedai mungkin tidak tahu banyak mengenai kamera yang anda nak beli kerana tugas mereka hanya melariskan jualan. (bukan semua)
  • Tugas mengenalpasti kelebihan sesuatu kamera adalah TUGAS ANDA.
8. Pergi ke Kedai dan CUBA
  • Buang perasaan malu dan pergi ke kedai untuk cuba kamera yang anda mahukan.
  • Cubalah selagi mana dibenarkan(Jangan sampai rosak sudah~) dan gunakan setiap butang yang ada pada badan kamera tersebut.
  • Cuba tanya diri anda adakah anda selesa memegang kamera tersebut dan butan-butang tersebut mudah untuk ditekan?
9. Tawar-Menawar

  • Jangan malu untuk membuka MULUT. berbincang dengan jurujual dan dapatkan harga terbaik.
  • Kalau tak dapat kurangkan harga, mintaklah sesuatu dari mereka seperti UV filter free, tripod, bag dan jugak potongan harga untuk aksesori tambahan.
  • Percayalah, penjual kedai sememangnya mahukan duit anda. Jika mereka tidak dapat banyak, untung sedikit pun dah kira OK untuk mereka.
  • Oleh itu, BERANI kan diri untuk bertentang mata dengan jurujual. Pastikan anda menang. hehe~
SELAMAT MENCUBA...

SALAM 1MALAYSIA BUAT SEMUA