Tuesday, July 5, 2011

::Wanita Mulia Disisi Islam::



Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

Seringkali kedengaran berita mengenai wanita-wanita yang menuntut hak mereka di pejabat agama, suami, keluarga dan institut lainnya. Kata mereka hak mereka tidak dipedulikan, mereka dikongkong dan di pinggirkan oleh masyarakat dan keluarga kerana 'Islam' membatasi pelbagai perkara dan Islam itu zalim kerana membiarkan suami kepada wanita itu mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan seperti "tuan mengarah robot".

Malahan mereka menyatakan islam itu ganas kerana di akhbar-akhbar dan berita TV mengatakan di bumi Afghanistan berlakunya kes penderaan isteri dan wanita, mereka mengongkong wanita dan isteri-isteri mereka di rumah dan lebih kejam apabila didapati isteri-isteri mereka keluar tanpa suami atau mahram akan dipukul dengan parah sekali. Kes-kes begini kita kadangkala sukar untuk menjawab semula bahawa islam itu agama yang harmoni dan menjaga hak wanita. Maka apakah yang mendorong wanita-wanita yang haknya tergadai untuk terus mendakwa islam itu ganas? kerana mereka tidak memahami erti Taqwa dalam islam? atau tidak memahami islam seluruhnya?. Sebenarnya Islam adalah agama peyayang, pembela hak dan menjaga keharmonian. Rasulullah itu contoh keluarga islam, mengapa wanita islam sekarang tidak diterapkan sejarah keluarga Rasul dan Sahabah radiallahu'an? Apabila berita keganasan islam berleluasa, maka inilah padahnya. Dunia islam kini makin hodoh dan jelek, kebangkitan suara-suara daulah Islamiyyah pula di pandang remeh dan ditindas usaha-usaha mereka oleh bangsa 'islam' sendiri. INILAH DUNIA ISLAM !

ISLAM MENJAGA KEHARMONIAN DAN HAK WANITA

Di dalam Hadis Nabi yang berbunyi

فَاتَّقُوْا اللهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوْهُنَّ بِأَمَانِ اللهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوْجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوْطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُوْنَهُ فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوْهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Bertakwalah kepada Allah tentang (urusan) wanita, karena sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak yang menjadi kewajiban mereka, iaitu mereka tidak boleh memberi masuk ke rumah kalian orang yang tidak kalian sukai. Jika mereka melakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Mereka jua memiliki hak yang menjadi kewajiban kalian, iaitu nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang makruf " [HR Malik, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, an-Nasai, ad-Darimi, Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Khuzaimah, Abad bin Humaid, Ibn Abi Syaibah, dll]

Ayat di atas jelas bahawa islam itu menjaga hak mereka dan menyuruh para Lelaki memelihara wanita dengan baik, dan jika hendak memukul mereka janganlah sehingga mencederakan dan menampakkan kesan. Malangnya ya para lelaki menggunakan nama Islam untuk melakukan apa sahaja kepada isteri dan wanita mereka, lebih parahnya jika si suami memukul isterinya sehigga berdarah itulah digelarkan "taat suami" , institut agama pula yang setiap hari mengadap kes seperti ini akan melontarkan ayat yang sama iaitu "luka di dahi boleh bawa ke syurga..sabarlah" tidak pula ustaz-ustaz ni memanggil suami mereka ke office! atau berunding dengan keduanya! kes yang tertangguh-tangguh! maka inilah Islam kita! islam yang jelek !

Lihat apa kata ulama' mengenai ayat di atas

“Fa in fa’alna dzâlika fadhribûhunna dharban ghayr mubarrih.” Maknanya, jika mereka mengizinkan orang yang tidak kalian sukai masuk ke rumah kalian maka pukullah mereka dengan pukulan yang ghayr mubarrih. Jadi, dalam hal ini suami boleh memukul isterinya dalam bentuk pukulan ghayr mubarrih untuk mendidik isteri. Hanya sahaja, di dalam QS an-Nisa’ [4]: 34, pukulan itu adalah langkah terakhir: setelah isteri dinasihati; jika tidak mahu mengikutinya, lalu dipisahkan tempat tidurnya; dan jika tidak mahu mentaati suami juga, baru dengan pukulan tersebut.

Pukulan ghayr mubarrih adalah pukulan yang tidak keji (ghayr syâ‘in), tidak keras, tidak menyebabkan luka dan tidak meninggalkan bekas sedikitpun. Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksud bukanlah pukulan dengan tongkat atau semisalnya. Al-Hajjaj dan Hasan Bashri menjelaskan, “Iaitu pukulan yang tidak membekas (ghayr muatstsir).” Menurut para fuqaha’ pukulan ghayr mubarrih adalah pukulan yang tidak menyebabkan kerosakan organ dan tidak meninggalkan bekas sedikitpun (Lihat tafsir QS 4: 34 di dalam Tafsîr ath-Thabari, Tafsîr al-Qurthubî, Tafsîr Ibn Katsîr, Tafsîr al-Alûsî, dsb.)

Demikian itulah keterangan mengenai makna 'memukul isteri'. Berpada-padalah wahai suami bila untuk menggunakan nama 'islam' atas kelakuan jelekmu!.


PAKAIAN MUSLIMAH MELAMBANGKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Apabila kita lihat mak nenek membuang tudungnya secara tiba-tiba di khalayak ramai, kita tidak pelik mengapa ia berbuat demikian, dan usahlah kita bertanya kepada para remaja wanita mengapa mereka tidak memakai pakaian yang menurut syiar islam. Ini semua adalah bermula dari asuhan awal, ibu bapa dan suami. Bila dilontarkan soalan begini "mengapa tidak pakai pakaian muslimah?" mereka akan segan silu dan mengatakan "mengapa mesti pakai?"

Maka disini sebenarnya saya bagi beberapa point mengapa mereka tidak ingin patuh arahan Allah dalam bab pakaian

1. tidak memahami erti ketaqwaan kepada Allah
2.tidak tahu hikmah disebaliknya
3.tidak tahu kesan disebalik perbuatannya

apa itu taqwa? pakaian muslimah melambangkan taqwa?

di dalam surahtul al-A'raf ayat 26

يَابَنِي ءَادَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ ءَايَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ


Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Mengapa mesti taat dan patuh dengan Allah? ya kerana ingin diselamatkan dari api neraka

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ}

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (QS at-Tahriim:6).

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu ketika menafsirkan ayat di atas berkata, “(Maknanya): Ajarkanlah kebaikan untuk dirimu dan keluargamu” ( Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam “al-Mustadrak” (2/535), dishahihkan oleh al-Hakim sendiri dan disepakati oleh adz-Dzahabi.)

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Memelihara diri (dari api neraka) adalah dengan mewajibkan bagi diri sendiri untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, serta bertaubat dari semua perbuatan yang menyebabkan kemurkaan dan siksa-Nya. Adapun memelihara istri dan anak-anak (dari api neraka) adalah dengan mendidik dan mengajarkan kepada mereka (syariat Islam), serta memaksa mereka untuk (melaksanakan) perintah Allah. Maka seorang hamba tidak akan selamat (dari siksaan neraka) kecuali jika dia (benar-benar) melaksanakan perintah Allah (dalam ayat ini) pada dirinya sendiri dan pada orang-orang yang dibawa kekuasaan dan tanggung jawabnya” (Taisiirul Kariimir Rahmaan (hal. 640).

Maka apakah kesan daripada perbuatan menderhakai Allah dan Rasul?

{وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ}

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan (dosa)mu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (QS asy-Syuura:30).

Itulah yang telah dikhabarkan Allah di dalam al-quran tentang peringatan-peringatanNya. Maka tidakkah kita berfikir?

{وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا}

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(-Nya), mereka itu akan (dikumpulkan) bersama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: para Nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya” (QS an-Nisaa’:69).

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?

AFALA TAQKILUN!!! MAKA TIDAKKAH KAMU BERFIKIR?

wallahu'alam         
DIPEROLEH DARI ---------->> ENCIK 

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share