TERINGIN SANGAT MENGHIBURKAN ANDA DENGAN LAGU-LAGU YANG KU SEDIAKAN UNTUK KALIAN.SALAM PERKENALAN DARI SAYA DEEJAY DNQARINAH DARI radionetwarga1sandakan RADIO ONLINE
There was an error in this gadget

Friday, December 2, 2011

Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pertama sekali kami di Mynewshub.my ingin memohon kepada semua pembaca agar menyedekahkan al-Fatihah kepada Rara Zikry atau Zarith Nadhira Mohamad Zikri yang kembali ke rahmatullah pukul 10 pagi semalam di Sunway Medical Centre.

Mengikut perkembangan yang diletakan di wall Facebook Contribution for Rara Zikry’s medical expenses (Sumbangan untuk bantuan perubatan Rara Zikry), jenazah Allahyarham dibawa dari rumah ke masjid SS19 Subang Jaya pukul 8 pagi tadi.
“Insya Allah jenazah Akan disempurnakan dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin,” menurut status berkenaan.
Allhyarham Rara, 23, merupakan bekas pelajar sebuah universiti swasta.
Pada 19 Mac 2010, Allahyarham dan beberapa rakan keluar melakukan senaman berjalan kaki di sebuah kawasan berhampiran Mahkamah Shah Alam dan dia diserang penyakit asma ketika itu.
Rakan-rakan yang bersama dengannya secara pantas menghantarnya ke sebuah hospital namun ketika tiba di pusat perubatan tersebut, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa Rara sudah pun koma.
Apabila Allahyarham tersedar dari koma, dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap.
Serangan asma berkenaan telah membawa kepada keadaan Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas.

Berikutan itu, keluarga Allahyarham melancarkan page Contribution for Rara Zikry’s medical expenses untuk meringankan sedikit beban kewangan mereka dalam meneruskan rawatan untuk Allahyarham.
Rara dikenali sebagai seorang gadis yang bukan sahaja cantik, tetapi ceria dan memiliki personaliti yang disenangi semua orang.
Namun, seperti yang dikatakan, kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Rara kembali kepada penciptanya semalam.

Gambar: Zizan Raja Lawak pernah meluangkan masa melawat Allahyarham di hospital.

lagu ni sudah tidak bermakna lagi..Hanya AL-Fatihah saja yang dapat kita sedekahkan pada Arwah RARA ZIKRY.Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.AL-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share