TERINGIN SANGAT MENGHIBURKAN ANDA DENGAN LAGU-LAGU YANG KU SEDIAKAN UNTUK KALIAN.SALAM PERKENALAN DARI SAYA DEEJAY DNQARINAH DARI radionetwarga1sandakan RADIO ONLINE
There was an error in this gadget

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh malam ini – 10 Disember 2011


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.
Di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)
Sumber-Berita Harian-Untuk mengetahui dengan lebih lanjut (bagi orang Islam) cara-cara menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sila klik  http://www.islamituindah.my/cara-solat-sunat-gerhana-bulan



0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share