Tgk tangan replika buaya tu.. Sblh kiri tunjuk 'bagus' sblh kanan tunjuk arah..soo....cute..eh |
Beralamat di Batu 8, Jalan Labuk ataupun lebih tepat, mengambil masa satu setengah jam dari bandar Sandakan.. (Bandar Sandakan ni mmg besar...)
Yuran Kemasukan
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun: RM3.00
(Kat sini korang boleh bawa kamera, ambil berapa byk pun gambar, free of charge..)
Lepas byr tiket, teruslah melangkah masuk..jeng..jeng..anda suka buaya? lulu suka buaya? jom tgk..
Peliklah..kat sini banyak buaya tak de ekor..nape eh.. |
Taman Buaya Sandakan merupakan taman yang terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3000 ekor reptilia itu di dalamnya.
Tako mmg buaya terbesar disini...klik gambar untuk lebih jelas.. |
Baka asli didapati daripada buaya liar yang menghuni di sepanjang Sungai Kinabatangan. Haiwan tersebut diternak untuk mendapatkan kulitnya bagi membuat kasut dan beg.
Ini pula Taki.. buaya kedua terbesar disini.. |
Diam jer dia ni.. |
Tetiba, bila asyik round 'kolam' demi 'kolam' buaya, ada announce suruh pergi kolam A.. Kolam ni mmg byk sgt buaya.. Tak terkira banyaknya.. Besar-besar.. Rasanya buaya ni dah ' tua-tua lah..' Diaorang nak bagi mkn.. So, bila wisel bunyi, eh, ajaib..menghairankan.. buaya tu menuju ke pintu...adeh..pandainye...
Kat sini ada binatang lain juga.. Bukan buaya jer.. Dah mcm mini zoo tempat ni.. Tapi mmg lebih kepada Buaya la..
Selain peluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah ini, taman ini juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.
Inilah kolam A |
Tengok badan buaya-buaya ni luka-luka.. |
Rasanye buaya-buaya ni dibagi daging ayam..Nampak mcm gitu.. |
Kat sini ada binatang lain juga.. Bukan buaya jer.. Dah mcm mini zoo tempat ni.. Tapi mmg lebih kepada Buaya la..
Selain peluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah ini, taman ini juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.
Masa Melawat
Pertunjukan Hari Biasa (Buaya sahaja) – 11.45pagi & 4.00petang
Pertunjukan Hari Ahad dan Cuti Umum (Buaya dan Ular) – 11.45 pagi , 2.00 petang & 4.00 petang
Masa memberikan makanan – dari 9.30 pagi ke atas sehingga 4.30 petang
Pertunjukan Hari Ahad dan Cuti Umum (Buaya dan Ular) – 11.45 pagi , 2.00 petang & 4.00 petang
Masa memberikan makanan – dari 9.30 pagi ke atas sehingga 4.30 petang
Terima kasih kerana melawat dan menceritakan tempat ini untuk dikongsikan : SISTER LULU
0 comments:
Post a Comment