HARGAI LAH JASA IBUBAPA ANDA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

BERSAMA DEEJAY LEEZ DI WWW.SABAHAN.FM

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU BERPUITIS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

KU INGIN KAU TAHU

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

SANDAKAN PARAGLIDING

JANJI KITA SAMA-SAMA USAHA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PAGE KITA KAN KAN KAN...WELL YOU KNOW ME...HEHEHE...!!

Monday, May 21, 2012

Kilat Depan Mata

Sepintas lalu waktu dalam perjalanan balik rumah malam semalam depan mata ku melihat kilat turun dan menyambar sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa..

SubahanALLAH...ALLAM MAHA BESAR!



Amalan Bulan Rejab

Assalamualaikum, Salam 1 Asia buat semua, hari ini 22/06/2012 bersamaan 1 Rejab (Bulan Rejab) penuh dengan kebaikan untuk kita. Marilah kita doakan yang terbaik untuk diri, keluarga, kekasih dan rakan taulan agar dapat kebaikan di setiap masa dan sentiasa dikurniakan Hidayat untuk jadi lebih bagi dari sebelumnya. Amin Amin Ya Rabbal'Alamin.


Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

*Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
*Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
*Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.
*Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah.
*Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
*Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan   

  Rasulullah dan sirah Islam lain.

Biodata Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus
Isteri Ustaz Azhar Idrus 
Rogayah Sulong  & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 



Keluarga Ustaz Azhar Idrus 


Profil
Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografiwww.digitalmukmin.com.

Sepintas lalu
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan
Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz
Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.

-Majalah Anis-

Monday, May 14, 2012

Adakan Anda Stress??


Tanya pada diri kerana hanya Anda yang tau?? 
Saya?? 
Alhamdulillah Saya masih "Steady Huyaahhh" kata pakcikKu Pak Blues ...hehehehe.. 

Stress Akan Dihadapi Oleh Semua Manusia Biasa Tapi Bagaimana Anda Atasi hanya Anda tahu..

Jangan Lupa dengar motivasi yang diberikan oleh pakar2 motivasi pasti Anda akan dapat kebaikan dan cara yang sesuai untuk atasinya..


Berikut adalah Cara Hilangkan Stress dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah

*Kenal pasti tahap tekanan
*Cari punca tekanan
*Koreksi dan muhasabah diri
*Perkemaskan kaedah mengurus emosi
*Kaji semula pegangan hidup
*Seimbangkan kehidupan
*Urus diri dengan sebaik mungkin
*Kuatkan hubungan dengan Allah s.w.t
*Baiki hubungan sesama manusia
*Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
*Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
*Lakukan amalan pencegahan
*Lakukan aktiviti santai
*Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
*Hidupkan suasana ketenangan dan kecerian
*Luahkan masalah kepada seseorang yang dipercayai.

Jangan Lupa Anda juga boleh hilangkan stress dihttp://www.radionetwarga1sandakan.com/
Bersama Deejay Rose Ony
Photo By : Mhanz Nana Design By DnQarinah Abdullah

Berhati-hati bila membeli GPS

 Jom lihat gambar di bawah ini.





 GPS Meletup Di Dalam Kereta | GPS boleh dikategorikan sebagai salah satu gajet mewah yang tidak  semua orang ada. Tapi sekarang ini, dalam setiap kereta model terbaru, GPS boleh dikatakan sebagai aksesori wajib yang perlu ada dan menjadi keperluan untuk setiap pembeli kereta. Namun, GPS bukan sahaja boleh menjadi petunjuk di kala sesat, tapi jugak boleh menjadi ‘petunjuk’ kepada kecelakaan.


Info by : Melayukini

Thursday, May 10, 2012

Filem Dalam Mihrab Cinta (Sinopsis)

Filem Dalam Mihrab Cinta





Sinopsis Filem Dalam Mihrab Cinta

Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an nekad untuk menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, dan Dia meninggalkan kehidupannya yang begitu mewah. Disini dia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) anak pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dirompak di kereta api yang mereka naiki, kejadian itu membuatkan mereka rapat dan saling mengenali.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah) kerana mencemburui Syamsul kerana rapat dengan Zizi. Kejadian itu menyebabkan keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali Ibu dan adik perempuannya.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertaubat dan mempertemukannya Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.
adakah Syilvia yang akan berjodoh dengan Syamsul atau Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya? bha joom saksikan Dalam Mihrab Cinta.
OST Filem Dalam Mihrab Cinta
  1. Dude Harlino & Asmirandah – Bunga-Bunga Cinta
  2. Afgan – Dalam Mihrab Cinta 
  3. Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil – Karena Hati Bicara
  4. Indah Dewi Pertiwi – Aku Tak Berdaya
  5. Rino – Prahara Dan Asa


Wednesday, May 9, 2012

Bertenanglah Wahai Hati




Bertenanglah diKau wahai hati,bertenang agar kemuncak kebahgiaanMu tidak dirosakan oleh persekitaranMu, kerana dengan bertenang saja Engkau peroleh bahagia yang sebenar.Salam Cinta Dan Kasih Sayang Untuk Semua yang disayang dan menyayangiMu.^__^!

"ALLAH S.W.T MengujiMu Dengan Kekuatan Yang Ada Pada DiriMu" Sebegitu Tinggi KetabahanMu Sebegitu Banyak CabaranMu Yang Pasti Dunia Hakiki Menanti Dengan Kebahagian Yang Kekal Abadi..

Syukuri Perasaan Yang Engkau Peroleh Hari Ini,Esok Dan Seterusnya Agar RedhaMu Sentiasa MendampingiMu.Amin. (Miss DNQ)








Tuesday, May 8, 2012

Kejutan Elektrik

Sekitar jam 8:40 (08/05/2012 ) malam semalam saya dan kawan pegi ke wad kecemasan untuk merawat anak pakcik kawan mengalami kecederaan akibat main dan jatuh hingga koyak gusi, dalam menunggu rawatan jam JAM 21:29 ada seorang lelaki dikejarkan ke bilik unit kecemasan akibat terkena kejutan letrik badan mangsa sudah pun kehitaman..

Dalam kejadian terbabit saya sempat bertanya pada sahabat2 mangsa apa yang terjadi,mangsa lelaki umur dalam lingkungan 20an yang tinggal di kampung Bakau (Sandakan) ingin membaik pulih sistem letrik bahagian belakang rumah tapi malangnya dia tersangkut di dawai terbabit lalu terkena kejutan letrik dan jatuh ke bawah air yang bercampur dengan lumpur. Beberapa minit dalam bilik terbabit lelaki terbabit disahkan meninggal dunia.AL-Fatihah.Semoga arwahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Arwahyarham meninggalkan abang dan Ibunya.

Terdetik seketika melihat seorang Ibu yang meratap waja anak kesayangan dengan kekesalan. Ibu Arwah kesal kerana Arwah tidak mengendahkan kata-kata Ibunya.

Sahabat Oh Sahabat Ingatlah Pesanan Ibu Jangan Biarkan Ibu Menangis (Sebuah Lagi Ujian Yang Terbesar Untuk Seorang Ibu.AL-Fatihah.Sungguh menyakitkan)

Monday, May 7, 2012

Misteri Bangkai Makluk Ganjil


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu bangkai raksasa seperti gajah purbakala telah dijumpai terdampar di sebuah pantai. Nampak macam buaya gergasi pun ada juga. Mungkin juga bangkai ikan paus. Tapi kita boleh menilainya sendiri. Kita boleh tengok gambar bangkai raksasa di bawah. Kalau sesiapa yang tahu lokasi di mana bangkai dijumpai, sila bagitau. Terima kasih.










Saturday, May 5, 2012

Happy Mother's day 06/05/2012


Happy Mother's day to dearest Mother tomorrow 06/05/2012... 

Ketika Ibu melahirkanKu,
titikan darah dan peluh yang penuh kasih sayang telah Ibu berikan padaKu Ibu, 
Tidak Ibu takut walau NyawaMu jadi taruhan di hari kelahiranKu..
Ibu membesarkan Aku dengan Penuh Kasih Sayang memberiKu makan dengan hasil air tanganMu...
Ibu dari kecil hinggaKu besar kesabaranMu membesarkanKu sukarKU membalasnya Ku Tadahkan Tangan Ucap Syukur atas Kurniaan ALLAH Ta'ala..

Hari Esok Sempena Hari Ibu Mari Kita Doakan Kesejahteraan Ibu-Ibu juga bakal-bakal Ibu kita(Joom Luangkan masa bersama Ibu)...AL-Fatihah Semoga Ibu sentiasa dilindungi dari segala Azab di dunia maupun di akhirat..Amin Ya Rabbal'Alamin.


Cara Mudah Bunuh Denggi!


Nyamuk denggi begitu menggangu dan berbahaya bertindak sebagai penyebar pelbagai penyakit yang berbahaya. Product membunuh nyamuk di pasaran kurang efisien bahkan membawa impak sampingan yang kadang boleh memudaratkan Manusia.

Disini saya terpanggil membuat Enter ini (Cari Via Blog), Berikut adalah cara mudah dan murah untuk kita amalkan bersama. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama yang di sekolah, rumah, hospital dan di mana saja kita berada.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan :-

200 ml air

50 gram gula merah

1 gram ragi 

botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah :

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bahagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diadun. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bahagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah anda.
6. Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Selain membersihkan habitat mereka, tempat pembiakan nyamuk, cara ini begitu berguna di sekolah, hospital dan di rumah. 

Friday, May 4, 2012

Joom Ramai-ramai sertai Program Daurah

Joom Ramai-ramai sertai Program Daurah bersama (ImamMuda) Asyraf & Ustaz Syed Norhisyam Tuan Radang..

Tempat: Masjid Jamek, Bandar Sandakan..
"Kuliyyah Maghrib"
Tarikh: 12 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 06:15 petang
Bersama: Ustaz Syed Norhisyam Tuan Radang

Tempat: Masjid Nurussyakirin Indah Jaya Sandakan..
Tarikh: 13 Mei 2012 (Ahad)
Masa: 10:30 pagi "Seminar Belia Sandakan"
Masa: 06:15 petang "Kuliyyah Maghrib"


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share