Tuesday, May 8, 2012

Kejutan Elektrik

Sekitar jam 8:40 (08/05/2012 ) malam semalam saya dan kawan pegi ke wad kecemasan untuk merawat anak pakcik kawan mengalami kecederaan akibat main dan jatuh hingga koyak gusi, dalam menunggu rawatan jam JAM 21:29 ada seorang lelaki dikejarkan ke bilik unit kecemasan akibat terkena kejutan letrik badan mangsa sudah pun kehitaman..

Dalam kejadian terbabit saya sempat bertanya pada sahabat2 mangsa apa yang terjadi,mangsa lelaki umur dalam lingkungan 20an yang tinggal di kampung Bakau (Sandakan) ingin membaik pulih sistem letrik bahagian belakang rumah tapi malangnya dia tersangkut di dawai terbabit lalu terkena kejutan letrik dan jatuh ke bawah air yang bercampur dengan lumpur. Beberapa minit dalam bilik terbabit lelaki terbabit disahkan meninggal dunia.AL-Fatihah.Semoga arwahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Arwahyarham meninggalkan abang dan Ibunya.

Terdetik seketika melihat seorang Ibu yang meratap waja anak kesayangan dengan kekesalan. Ibu Arwah kesal kerana Arwah tidak mengendahkan kata-kata Ibunya.

Sahabat Oh Sahabat Ingatlah Pesanan Ibu Jangan Biarkan Ibu Menangis (Sebuah Lagi Ujian Yang Terbesar Untuk Seorang Ibu.AL-Fatihah.Sungguh menyakitkan)

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share