Saturday, May 5, 2012

Cara Mudah Bunuh Denggi!


Nyamuk denggi begitu menggangu dan berbahaya bertindak sebagai penyebar pelbagai penyakit yang berbahaya. Product membunuh nyamuk di pasaran kurang efisien bahkan membawa impak sampingan yang kadang boleh memudaratkan Manusia.

Disini saya terpanggil membuat Enter ini (Cari Via Blog), Berikut adalah cara mudah dan murah untuk kita amalkan bersama. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama yang di sekolah, rumah, hospital dan di mana saja kita berada.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan :-

200 ml air

50 gram gula merah

1 gram ragi 

botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah :

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bahagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diadun. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bahagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah anda.
6. Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Selain membersihkan habitat mereka, tempat pembiakan nyamuk, cara ini begitu berguna di sekolah, hospital dan di rumah. 

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share