Saturday, August 20, 2011

MALAM LAILATUL-QADAR




Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini 
merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai 
kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam 
Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua 
malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman 
dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 
Maksudnya:



" Malam Lailatul - Qadar 
lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan
 mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah 
pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar 
seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:

" Sesiapa menghidupkan malam
 Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan
 akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa 
Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan,
 Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan 
membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. 
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya
 upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya
 daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada 
malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada
 sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa 
malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan.
 Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya 
ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar
 jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula 
terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu 
kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu 
tidak lagi berusaha mencarinya.Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah 
bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang 
mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 
perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh 
kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith 
daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar ,
 dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam 
Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, 
"Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku
 bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau
 Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "




Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

0 comments:

Post a Comment


Terima Kasih Sudi Baca, Terima Kasih Sudi Komen :)

Share